Aku baru je lepas menyelesaikan sebahagian drpd tutorial Xcode. Sesungguhnya, aku merasa amat terseksa (baca: struggle) dalam memahaminya. Moga-moga diberikan kemudahan. Selain itu, aku juga kebingungan untuk memikirkan apa jenis aplikasi yang bakal aku bangunkan. Kalau ada idea, tlg kongsi2 :)
Dalam menyelami keserabutan itu, aku mendapati hari esok (hari ini di Malaysia) akan berlangsung SPM 2012. Setibanya musim peperiksaan yang berprestij dan diketahui umum oleh seluruh rakyat Malaysia ini, maka memori 3 tahun lepas kembali ke mindaku.
Wah, memang cepat betul masa berlalu !
Bagi aku, period SPM tu boleh kira period paling heaven sepanjang berada kat maktab kerana pada waktu itu, maktab memang ketiadaan seorang pun jurulatih, sama ada pegawai mahupun staf. Yang ada cuma staf balai pengawal dan mess. Maka, memang boleh bayangkanlah macam mana suasana masa tu.
Antaranya, bergayut dan ber-sms. Memang tak dapat dinafikan, ini memang habit biasa budak-budak asrama, tp masa SPM ni lah yang paling rancak sekali. Memang ramai yang terjebak, serius tak tipu. Pendapat aku menyatakan mungkin ramai antara batch aku ni dah ada 'kenalan-kenalan' baru dari sekolah lain (if you know what I mean), berikutan beberapa minggu sebelum peperiksaan, kami ada program dengan sebuah sekolah perempuan ini. Biasa la kot, sekolah laki.haha. Disebabkan jurulatih takde, maka fon bebas berlegar di sekitar maktab seperti di mess surau, kelas, bukan sahaja di bilik. Rase mcm maktab tu dh macam universiti dah. haha. Plus, fall-in mmg takde lah. Kalau ade pun, sekejap je.
Permandangan Mess (dewan makan) dari line charlie
Almari
Selain tu, masa ini juga aku lebih banyak spend masa dengan batch aku dan skuad aku terutamanya. Lepak bunk, ke hulu ke hilir line company, keluar masuk bilik usha orang belajar. Aku juga teringat macam mane dan kat mana skuad aku ulang kaji untuk exam dulu. Kalau kat prep room, seingat aku biasenya ade Rezza, Burst, Anam, Amer, Que, Note, Irman dan semualah.haha. Amer biasenya akan duk hujung2 cket untuk main dengan phone. Kebiasaanya, time blaja ni takdela fokus mana pun, kerana ada radio Irman yang dipasang kat dalam preproom. Radio ni pulak tgk orang jugak, kadang-kadang Fly, Hitz tapi most of the time Hot.fm. Oleh sebab tu, lagu-lagu berikut selalulah bermain kat kepala kitorang ni: Separuh Jiwaku Pergi (Anang), 21 Guns (Greenday), Bengang (Akim) dan Revolusi (Bunkface). Sememangnya, radio tak boleh dipisahkan dengan kitorg.haha.
Dalam ke-tension-an blaja tu, nanti akan ada apek jual aiskrim datang kat depan surau. Since line charlie paling dekat, so memang jadi kewajipan untuk membeli aiskrim. 2 scoop aiskrim yang diletak di atas roti hot dog yang dibelah dua pada permukaannya. Yumm.
Selain itu, banyak lagi sebenarnya benda-benda gila (well, tak gila mana pun) yang kitorang buat. Lepak wisma sampai subuh untuk tengok movie/tidur dalam aircon; lepak kelas dan main komputer untuk friendster/myspace, dota, movie sampai kul 1,2 pagi (walaupun classroom kena dikosongkan after 11pm), main futsal malam2 dan fly (?).
Kay-che (pronounce as kecik)
bole pulak masak ? err. (chong,note,jepah)
on duty with Rezza
Dalam kelas yang serba bersepah, dengan Dyn
CS 0809
Okla.nampak sangat post ni tak fokus sangat sal SPM. hmm, SPM kat maktab sama macam kat sekolah-sekolah lain; bangun awal dan ambik sarapan. Tapi tambahan kepada itu, pada hari pertama, kami ada fall-in dan suntikan kata-kata semangat oleh para guru. Kertas yang pertama masa tu kalau tak silap adalah BM kot.kot.
Bagi aku, yang aku rasa best ambik SPM kat maktab ni adalah jawab periksa dalam Dewan Tun Templer (DTT). Kalau ikutkan sejarah, memang legend habis dewan ni. Dewan ini mula digunakan pada 1962, yakni sewaktu maktab berpindah dari Port Dickson ke lokasi sekarang Sungai Besi. Kalau dikira-kira, dah 50 tahun dewan ni digunakan atau dah lebih kurang 50 batch yang telah duduk dalam dewan ni untuk SPM. Woah!
Apa-apa pun, aku nak ucapkan all the best kepada semua SPM 2012 candidates, terutamanya Form 5 MTD, batch THRONES 11/12. Jawab elok-elok. Banggakan kami semua.
Wailalliqa' maassalamah.
(P/S: When we miss someone or something, we tend to remember and write about him/her/them/it )





No comments:
Post a Comment