Friday, February 26, 2010

.teman hidup.

assalamualaikum.
hari ini cukuplah 5 hari aku dah bersama teman hidup baru ku,V.Detik pertemuan aku dengan V bermula sejak pagi isnin, 22 februari.Pagi aku itu, sejurus aku ingin meninggalkan kamar tidurku, aku melihat CP berehat di atas meja kerjaku.Tampaknya CP menyedari yang aku akan keluar.Wajahnya seakan-akan kecewa bercampur sedih setelah mendapati aku melakukan sedikit kajian mengenai komputer riba malam sebelumnya.Dia menyedari sesuatu yang kurang enak bakal berlaku setelah aku pulang.CP hanya mampu mengeluh.

Setelah semuanya bersedia, aku, mak aku serta abg sulungku bergerak ke midvalley menaiki myvi.aku dengan penuh teruja menanti saat tiba ke tempat itu.Tanpa membuang masa, kami terus ke sebuah kedai yang dinamakan sebagai Sony Centre.Aku pun mula mencarinya dalam kalangan saudara-saudaranya yang lain.aku terkesima sejurus melihat keanggunan saudara kembar V, yang menjadi bahan pameran di situ.Meskipun tuan kedai itu boleh kusifatkan tidak bersemangat dengan melontarkan kata-kata yang tidak energetik seperti tidak ikhlas menjadi seorang jurujual, namun itu tidak menghalang aku untuk terus mengajukan soalan mengenai keadaan V. Jelaslah, bahawa V adalah seperti yang digambarkan dlm internet, tanpa sedikit kekurangan pun.

Setelah beberapa ketika, aku pun bersetuju, di samping mak dan abg ku yang turut mengangguk tanda setuju.Maka, jurujual tadi pun mengejutkan teman hidupku dari tidurnya.V tampak anggun mengenakan pakaian berwarna putih elegan seolah-olah mengalahkan kembar-kembarnya serta saudara-saudaranya yang lain di kedai ini.Namun, aku terpaksa meninggalkan V buat seketika, sementara menunggu jurujual tadi menguruskan dandanan wajib untuk spesies seperti V yang bari sahaja bangkit dari tidur.3600 detik kemudian, aku kembali menemui V dan membawanya pulang dengan meletakkan di dalam beg sebagai tanda keakraban aku dan V.

Setibanya di kediamanku, aku bergegas ke atas dan memulakan sesi taaruf bersama V.Aku telah melakukan sedikit dandanan serta memperkenalkannya dengan beberapa perisian terkemuka; Yahoo!Messenger.Aku juga telah berkesempatan mengambil gambar kenang-kenangan hari pertama aku dengan V.


V and me



Vaio CW series

Namun, bukan semua yang gembira dengan apa yang berlaku pada hari itu.CP yang melihat kehadiran V, sangatlah sedih.Aku bukannya berniat nak meninggalkan CP begitu sahaja, tapi keadaan memaksa aku berbuat demikian.CP dah banyak berjasa aku dan aku sangat memahami karenah.Teringat kembali saat CP meradang dan menjadi nyanyukk buat seketika dan aku terpaksa memujuk untuk menenangkan keadaan.Segala selok belok pengendalian dan pengurusan CP, aku tahu.Namun sebagai spesienya yang paling veteran di rumah ini, sebaik-sebaiknya CP berehat.Maafkan aku CP.V teman baruku.


CP meninggalkan bilik.

Sunday, February 21, 2010

.baik untuk baik.

assalamualaikum
seperti hujung2 minggu yg lalu, minggu ini aku bergerak ke luar dari negeri aku ni.minggu ni pegi balek kg kat kemaman.perjalanan yg bermula smalam, lebih kurang kul 11 pg.sepanjang perjalanan, aku dibuai dgn alunan lagu daripada stesen radio kegemaran ayahku-klasiknasional.urgh.mmg trus dibuai mimpi.tanpa membuang masa, aku trus mendengar lagu yg kuar drpd sang kecil berwarna hitam kegemaranku, sambil dlm usaha menghabis first family karya DavidBaldacci, tanpa menghiraukan lebuhraya kl-karak yg smemangnya memeningkan di sesetengah jalan.aku juga ditemani sekecil molek berbentuk candy-bar berwarna hitam yg sgt penting dlm menerima apa jua pesanan atau isyarat menggunakan rangkaian GSM.sekecil itu byk menerima sms dari zoe, seorg kenalan yg sebaya dgnku di samping sms dari rakan2ku yg laen.itulah aktivitiku spanjang perjalanan yg memakan masa 2 jam, sehinggalah aku tibe di sbuah restoran yg amat ku gemari sjak dahulu kala.restoran ni menyediakan mi kegemaran org beserah-mi calong.kpd pembaca2 yg belum rasa lg, try la.sedap!

setelah melakukan beberapa stop, akhirnya kami bertiga pun tiba la di umah nenek n atuk ku. kosong sungguh rumah itu. senyuman di wajah mereka jelas terpancar apabila melihat anak, menantu serta cucu mereka tiba.segala penyakit yg mereka hidap seakan-akan hilang begitu sahaja.setelah menjamah selera serta berbual mesra, aku pun beransur tidur, tetapi lebih awl drpd biase, sejurus stlh tamat bermain ngan sekecil molek candy bar berwarna hitam.hari ni, kami bgn awl n bertolak stlh bersarapan.sayu melihat wajah mereka berdua di kala meninggalkan kg halaman berdekatan simpang kg seberang tayur itu.setelah bbrp lama di dalam kereta sambil dalam usaha menghabiskan bahan bacaanku yg tertunda, akhirnya kami pun tibe ngan selamat.nothing much.

berbalik kpd tajuk post ini.pada hari ahad yg lalu.aku berkesempatan menonton rancangan perbincangan agama: Halaqah. tajuknya Isteri Idaman Hati.pelbagai perkara yg dibincangkan, antaranye ciri2 isteri spt yg tertera pada tajuk itu. maka aku tertarik utk berkongsi mengenai sebuah Firman Allah S.W.T., dalam Surah An-Nur, ayat ke 26:

Mafhumnya: (Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.

Sebagai manusia yang lemah, kita sememangnya berusaha untuk mencari pertolongan-Nya dalam meniti hidup di dunia yang fana ini.Kita tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan dan kesilapan-kesilapan ini yang banyak membantu kita dalam menjadikan kita manusia yang lebih taat kepada-Nya, seandainya kita cuba mengkaji dan mempelajari daripadanya.tidak hairanlah sekiranya kita sering kali mendengar ada di antara kita menyebut "semua yang berlaku, ade hikmahnya".Memang tepatlah ayat ini.Semua yang berlaku di muka bumi sememangnya mempunyai sebab musabab yg kita selaku hamba, tidak mengetahui. Andainya, kita mengambil beberapa ketika, merenung kembali apa-apa yang telah berlaku pada masa silam kita serta berfikir mengenai apa yang telah berlaku kini, sudah pasti kita akan senyum atau menangis kegembiraan.Mungkin pada suatu masa yang lalu, kita rasa menyesal kerana kita telah memilih sesuatu jalan atau pilihan yang kita sifatkan sebagai baik tetapi tidak berbaloi berbanding yang lain.Namun, lihat kini.Apa yang telah berlaku pada diri kita.Disebabkan kita pilih jalan itulah, jadilah kita sebagaimana kini.Oleh itu, kita sebagai hamba yang lemah perlu sentiasa fikir positif atas apa jua yang berlaku.jangan mudah kecewa kerana Allah sangat menyayangi hamba-Nya.
.nothing much.

wailalliqa' maassalamah

Sunday, February 14, 2010

.14feb.

.assalamualaikum.
.today.
.everything starts.
.smile on my face is hard to fade away.
.so happy, like the morning shines.
.a new book, of hope and happiness.
.makes me alive.
.makes me focus.
.makes me smile, as I never smiled before.
.even in sleep, or awake.
.i feel contented.
.hopes for the best.
.soon.
.even after years apart.
.past, present and future.
.you always be in my heart.
"uhibbuki kathiran"

.wailalliqa' maassalamah.


(p/s: thanx for everything.i really really appreciate it)

Saturday, February 13, 2010

.turn left turn right.

.assalamualaikum.
hari ni agak meriah rumah aku, dgn kehadiran adik-beradikku yg full
tp
parents aku lak takde.for a nite.pegi wedding lak.
maka,
tinggallah kami 5 beradik.macam2 leh jadi.haha.yg pentingnye,semua menghadap pc. tv dan kucingku, siti payung tidak pula dilayan.haisy.
satu hari yg boleh dikatakan usual
tv
pc
fon
mkn
tdo
serta mcm2 update dr kawan2 lame yg kini berada di seluruh pelusuk malaysia. ni khusus kpd bekas2 pelajar sk usj 20 yg same2 ngan aku.luckily ade group kat fb, bole la kita berkenalan semula.muke smua dh laen2.
.nothing much.
sememangnye setiap makhluk di dunia ini mempunyai masalah mereka masing2.tak kira sama ade manusia, binatang mahupun yg laen2.mgkn kucing ade mslh lari drpd anjing.ikan ade mslh mcari makanan.pengemis ade masalah kewangan.ahli politik ade masalah ngan parti.ape2 je la.
namun, cuba bayangkan kalo hidup tanpa masalah.sure tade cabaran,kan? so, kalo diri anda yg sedang ditimpa masalah, penulis ingin menggalakkan anda2 semua supaya tangani dgn bijak dan dan sabar.ssghnya, Allah menurunkan sesuatu bencana itu adalah utk menguji hamba-hambanya.jika seseorg itu dikatakan beriman kpd-Nya, maka sejauh manakah hamba itu akan beriman kpd-Nya.Allah menurunkan musibah berdasarkan kemampuan hamba-hamba itu sendiri.kemampuan mcm mane?wallahua'alam.Sesungguhnya, Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.sbb ssorg itu ditimpa musibah juga dilihat sbg cara Allah ingin mengampunkan dosa-dosa kecil yg telah kita lakukan.dosa-dosa kecil ini kebanyakannya dilakukan tanpa disedari dan disedari.oleh itu, jelaslah bahawa Allah amat menyayangi ciptaan-ciptaan-Nya, kerana kita sering diberikan peluang oleh-Nya, lebih2 lg sbg umat Muhammad di akhir zaman ini, berbeza dgn umat-umat terdahulu.umat2 terdahulu diturunkan balasan menerusi plbg musibah dan bencana on the spot, tapi pada akhir zaman ini, Allah tidak menurunkan secara terus tapi pd kadar yg sedikit shj.cuba kita fikirkan.knp demikian? berikutan keadaan akhir zaman yg kian mencabar dgn pelbagai anasir yg cuba menggugat akidah muslim kini menerusi pelbagai cara, sama ada secara terang-terangan mahupun secara rahsia.yg jelas, antaranya program2 televisyen yg memaparkan wanita2 yg berpakaian kurang sopan digunakan sbg agen dan medium utk memancing para penonton, khususnya umat islam di negara2 baru dan kurang mengenali agama suci dan lurus ini.mereka dijadikan sasaran berikutan ceteknya ilmu pengetahuan dan pengimplementasian agama dlm masyarakat khususnya dlm institusi keluarga itu sendiri.bg negara yg menjadikan agama Islam sbg agenda utama negara, spt Malaysia, usaha menyampaikan ilmu amatlah memberangsangkan dan mengagumkan, namun, penghayatan agama pula menjadi tanda tanya. meskipun ilmu agama yg ade pada anak2 muda jelas cmerlang spt yg dibuktikan melalui peperiksaan awam spt pmr ,spm dan stpm, namun identiti ini tidak jelas kelihatan pd mereka ni.mereka mungkin boleh memperoleh A dlm peperiksaan ini,tp amalan seharian mereka masih berada pada tahap membimbangkan.budaya2 barat yg tidak sihat dicampuradukkan dgn agama.agama seolah-olah diasingkan drpd rutin seharian, dan dianggap sbg ritual seharian yg diamalkan oleh nenek moyang.Masya-Allah.oleh itu, bagaimana negara kita ingin mengatasi masalah ini?penghayatan perlulah difokuskan di samping penyampaian ilmu agama ini.
.nothing much.
apa yg penting kat sini.ape jua masalah yg bakal kita hadapi, kita hendaklah renung sketika, dan ambil yg positif drpd nye.ssghnya Allah amat menyayangi hamba-Nya dan setiap yg berlaku pasti ade sesuatu yg Dia ingin tunjuk atau beri kpd kita, lebih2 lagi perkara2 yg kita tidak pernah sangka akan berlaku dlm hidup kita pada masa akan datang.
.handle with care n take it positively, n u sure to find the answer behind it.
.don't regret whatever choice u made except if the choice is totally bad.
.relax n handle.

.till next post.
.wailalliqa' maassalamah.



(p/s: dont stress about it, k..just say it :)... )

Wednesday, February 10, 2010

.KLTower.

assalamualaikum..
.nothing much.
today i went out with few of my friend.some of them are new perhaps.thanx to mune, aiman n doubleI for hanging out with me.honestly, i didnt spend a cent for the day except for my chicken rice n top up.they sponsored the movie ticket n lunch plus break.haha.my money is straight to the bank.
the movie was great.universal soldier.suddenly, the military spirit spread through my body n encouraged me to join upnm...emmm....emmm...NEVER..haha. um is still in mind.engineering it is.
after asar.i met zal.he is now the official worker of the famous-baskin robbins.feel free to paw him at ou n ask him for free ice cream scoops.many of them.just use my name n u will get a scoop from me.haha.
.nothing much.
.a new song for me but the usual for her.
.her english proficiency encourages me to improve mine.
.through songs,text n even writings.
.a song that made me remember.
.from foods to drinks.
.from likes to dislikes.
.from ae to zee.
.everything that keeps me.
.alive n relieve.

.till next post.
.wailalliqa' maassalamah.





(p/s:gud luck tomorrow.it's in your hands!)

Sunday, February 7, 2010

.pahang trip.

assalamualaikum.
penat gle hari ni baru je balik dari road trip.road trip aku start yesterday tapi journey aku dh start since jumaat lg.hbs je solat jumaat tu, aku say gudbye kpd my bibix yg akan kembali ke tanah airnye menaiki bot express nye itu.mak n abg ku berlalu meninggalkanku sorang2, utk menghantar bibix ku itu ke port klang.maka sejurus mengikot protokol yakni melambai tgn, aku pun bergegas menuju ke pc.dgn harapan mbuka fbook.ternyata ade sorg rkn yg aku knal mlalui kwn aku on9.stlh bbrp ketika bersembang,maka dia pon ajak aku lepak kat 'kampung' dia.kg di tgh2 bndr.aku pon kata ok kerana pd ptg itu aku akan ke rumah uncle aku di kajang.oleh itu, alang2 mlalui, bole la singgah di kl sentral n trus ke klcc.namun, tggu nye tggu, mak aku tak tibe lg dr port klang.jam agaknye.takpela.maka pukul 6 la bru aku ke stesen shah alam.berikutan waktu yg agak lewat, maka tdk la dpt btemu dgn kwn bru ku itu yg aku namakannye sbg doubleI.tah knape.so aku teruskan jela perjalanan menaiki ktm, yg kebtulan menyebelahi aku dgn kelajuannye yg bole dikatakan lebih hangat drpd biase.smpai je di kl sentral, aku menjamah burger 3 ringgit di mekdonal(mcm tu la sebutannye).n truskan perjalanan ke kajang.setibenye di kajang, aku dibawa oleh aunt aku ke kedai suaminye,yg menyediakan masakan mee tarik yg dibawa khas dr negara tembok besar.namun aku bukanlah ke mari sbg pelanggan tetapi sbg pekerja sambilan.tolong mane2 yg bole.itu bole dikatakan first time aku keje.tidak sia2 aku mdgr kwn2 ku yg laen yg turut mengerah keringat, membanting tulang, bekerja : jepah,note-mengusahakan kilang; dyn:buruh runcit terkemuka; rezza-melayan pengunjung di kedai yg menyediakan servis 24 jam(7E); dan ramai lg.meskipun utk bbrp jam, tetapi bahangnye pekerja dpt dirasa.haha.*mat claim gle*lebih kurang kul 1 pg baru la balek ke umah uncle aku n tdo la smalaman.

esoknye, awl pagi lg dh bgerak.stlh aunt aku drop suaminye di um krn urusan tertentu, maka kami pun bergerak ke timur.turut sama dlm kereta, nenek aku n kazen aku yg same2 menganggur yakni tira.destinasi kami adlh mrsm kuala lipis, skola kazen aku yg sorg lagi yakni adik kpd kazen aku yg menganggur itu.berjam-jam aku dlm kete menyelusuri jalanraya pahang yg berbagai ragam.kena biasekan kot, :D...hehe.stlh lama2, maka kami pon tiba di skola itu, sjurus stlh majlis kazen aku itu habes.takpela.at least main objective aunt aku adlh nak jumpe anknye.tu yg penting.krn perjalanan kami yg jauh itu,maka aunt nak request kazen aku ni utk balek overnite.nak dijadikan citer,smentara menunggu kazen aku, yg sdg menuntut di ting5 ini, seorg classmate dia tego la aunt aku.stlh aunt aku blah, dia pun tego aku.

kwnkazen: ni sape ni? kazen ek?
aku: a'ah, kazen.duk sbilik ngan dia ke?
kwnkazen: takla.kitorg sekelas.
aku: oo.so bilik yg mana satu?
(sambil point kat asrama)
kwnkazen: emm.bilik akak kat situ,bilik alisya kat situ..(dia point kat bilik)
aku: oo.emm.ape??akak?
kwnkazen: eh.eh.ni umur brape??
(dgn pnuh gelabah)
aku: bru hbs spm
kwnkazen:oo.sori2.x nmpk cam baru hbs spm je.huh
aku:hmm *muda sgt ke*

itu la citernye.maka kami pon teruskan perjalanan ke kuantan.umah uncle aku kat balok.sblm tu, kitorg sempat menjamah kat r&r temerloh.setibenye di kuantan, aunt aku jadi sesat nak mcari balok.stlh menerima bbrp panggilan drpd uncle aku aka pok su, maka kami pon tibe kat balok.sampai je kat situ, pok su aku ajak gi k4 kat east coast mall.tp aku tak pergi berdua je, tp ngan kazenku yg sbaya n anak2 kecik pok su ku..sorg 7 thn, 2 org kembar 5 thn, n sorg 3 thn.imagine that.kat k4 tu terpakse bawa 2 troli.satu utk barang n satu lg for da kids.yg kembar tu lg pening.boys.shuib n sulaiman.lari sana sini.disadvantage aku gak.bongsu.kahkah.aku ngan kazen aku selaku penjaga kehormat bdk2.haha.stlh hbs uncle ku beli, maka kitorg pun balek balok smule.sblm smpai umah itu,aku msj ngan doubleI.dia kata dia kat pahang.kat hotel kat beserah.teramat sgt la dekat ngan umah pok su aku.tapi tak jua dia caye.maka tetibe kul 11 aku text dia n kata yg aku akan ke sana skrg, berikutan pak su yg ingin mengambil kesempatan menggunakan servis wifi di warung kopi berdekatan utk menyiapkan keje2 dia.tepat jam 11.05, aku ngan kazen aku smpai kat resort yg doubleI duduk itu.mmg bnarlah spt yg dia kata mengenai fizikalnye, 150cm(lebih kurang r)..so kitorg pun pegi lepak kat tepi pantai jap.dpt la usha suasana pd waktu mlm.then, pegi lak lepak kat warung depan resort dia.pergh.cekik darah kedai tu.tapi takpe r.bukan slalu mkn kat beserah.disebabkan limit komp pok su aku hanya sejam, maka kul 12 pon dia jemput aku n bye2 doubleI.

esoknye yakni hari ni, aku bgn awl bg mengelak aktiviti bdak2 halus di rumah itu berjalan.stlh siap n sedia utk pulang, aku pun bersalam-salaman ngan pok su n mok su aku kat situ di samping bdak2 halus itu termasuk la da twins.aku pon terpikir.macam mane la bdak kembar ni bsar nanti.sure hot nye.haha.skali lg, aku tlh menempuh jalanraya pahang yg berliku-liku utk ke kuala lipis, utk hantar smula kazen aku.kul 3 mcm tu, kitorg sampai la skola dia.n teruskan perjalanan sampai la aku tibe kat shah alam kul 6.55 ptg.alhamdulillah.

the twins.haih.

that's all for now.till next post.
wailalliqa' maassalamah..


(p/s:thanx for accompanying me along the trip.i really appreciate it.)

Wednesday, February 3, 2010

.a new chapter.

assalamualaikum
hari ni lengkaplah 40 hari aku kuar maktab
mula-mula okla,
hari demi hari, mcm2 dah blaku,
tak kira
sama ada yg baik mahupun yg buruk,
tapi rasenye byk yg buruk,
di samping aktiviti pengangguran yg x dpt diatasi,

hari ni
aku telah kehilangan seorg kawan baik,
bukannya meninggal dunia,
tapi
terpaksa
smuanya kerana
perkataan 7 huruf ni
P.E.R.A.S.A.N
perkataan ini
ibarat barah
ibarat duri

kepada kalian pembaca
aku cuma nak kata
think before u act
or
u will regret
seriously
biarkan tindakan aku ni
menjadi sempadan
bukannya
ikutan
jaga kawan kalian2 semua betul2
kerana
hablu minallah fi hablu minannas
urghh

wailalliqa' maassalamah