Assalamualaikum.
Terlebih dahulu marilah kita sama-sama sedekahkan al-Fatihah kepada seorang putera MTD yang telah kembali ke rahmatullah awal pagi ini. Al-Fatihah.
Tragedi yang menggemparkan ini semestinya telah membuatkan masyarakat sekeliling tertanya-tanya; bagaimana boleh berlaku ? siapa yang melakukannya ? dan sebagainya. Jika anda merupakan seorang bekas putera , sudah pasti anda akan terasa impaknya. Lebih-lebih lagi jika ditanya oleh mereka-mereka yang tidak tahu apa-apa.
Perkara seperti ini pernah juga berlaku suatu ketika dahulu, sewaktu pengajian aku di sana. Aku dan skuadku faham bagaimana rasanya. Impak sewaktu berada di sana. Namun, kami tahu sebab musababnya. Cukuplah sekadar itu.
Sejujurnya, tragedi yang baru berlaku ini mengembalikan kenangan aku bersama skuadku termasuk anggota yang ke-21 itu. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh. Amin.
Off-topic:
Wahai pembaca budiman, pada pendapat anda, selama mana seseorang itu mampu menahan rasa benci dan keupayaan mengelakkan diri ? Pernahkah anda rasa diri anda wujud, pejal dan masih bermaya , namun pada mata sesetengah masyarakat umpamanya anda tidak lagi wujud, walaupun anda dan masyarakat itu menyedari kewujudan masing-masing ?
Dunia ciptaan Allah sangatlah unik. Sesungguhnya, Dialah Pencipta Yang maha Berkuasa menentukan sesuatu. Mampu mengubah hati dan pendirian seseorang. Kita sebagai hamba yang lemah lagi mimpi hanya mampu berdoa dan meminta yang terbaik daripada-Nya.
"Ya Muqallibal Qulub , Thabbit Qulub 'ala Din"
Waillaliqa' maassalamah.
Thursday, June 24, 2010
Saturday, June 19, 2010
.soul.
"One may find a new life and a new world, but one will never find a new soul."
"One may fool others, but one can't fool one's self."
-MoSyaZ-
Saturday, June 12, 2010
.scholarOATHS0809.
Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Hari ini kakak aku telah bertunang. Tahniah buat beliau. Semoga akan sampai ke jinjang pelamin.
Pada petang ini, aku ingin berkongsi sedikit sebanyak mengenai warga OATHS yang telah berjaya mendapat biasiswa. Antaranya:
MINDEF :
Medic (Mesir)
1. Syahid Jafri
2. Izman Shah
3. Amirul Muttaqin
4. Fuad Ammar
5. Amzar Azman
6. Zulfahmi
7. Ikhwan Zubir
8. Azrul Hanafi
Medic (Rusia)
1. Daryl Ee
2. Chan Jun Win
3. Sathiyaraj
UPNM - 34 org
JPA
1. Aldrin Glenn, Eng Germany,GAPP,intec
2. Hudzaifah Karbul, SainsHayat, Unimas
3. Chnnakporn, Econs, MMU
4. Fuad Asyraf, Eng, MMU

5. Amir Hamzah (E), Dip Eng, UiTM
MARA
1. Luqman Hakim, Eng US,intec
MARA
1. Luqman Hakim, Eng US,intec
2. Syahin Zaini, Eng UK, UniKL-KMKN
3. Ben Haaziq, Eng Japan, Uniten
4. Amir Hamzah (H), Dentistry Jordan, UniKL-Mestech
YPM
1.Huzaifah Mahmood, JAD, Unisel
SIME DARBY
1. Afif Norzal, SAM, Taylors
YTM
1. Farhan Nasri, Business, MMU
Yayasan Tun Ling Liong Sik
1. Lee Juan Wyn, UTAR
2. Faeez Maiza, UTAR
ALAM
DNS
1. Nizamudin, MISC
2. Shahrizal Shamsuddin, MISC
3. Abdul Hafiz, Bumi Armada
4. Al Ash, Bumi Armada
5. Idham Masri, Bumi Armada
6. Shaizuan, MISC
7. Fawzan Jamil, Bumi Armada
8. Ridzuan Ramli, AET
9. Izzat Ramlan, MISC
YPM
1.Huzaifah Mahmood, JAD, Unisel
SIME DARBY
1. Afif Norzal, SAM, Taylors
YTM
1. Farhan Nasri, Business, MMU
Yayasan Tun Ling Liong Sik
1. Lee Juan Wyn, UTAR
2. Faeez Maiza, UTAR
ALAM
DNS
1. Nizamudin, MISC
2. Shahrizal Shamsuddin, MISC
3. Abdul Hafiz, Bumi Armada
4. Al Ash, Bumi Armada
5. Idham Masri, Bumi Armada
6. Shaizuan, MISC
7. Fawzan Jamil, Bumi Armada
8. Ridzuan Ramli, AET
9. Izzat Ramlan, MISC
10. Ameirullah Yadzan, JPA
11. Khairy Yusoff, MARA
DME
1. Hafiz Zulkhanain, Emas Offshore
2. Nik Imanuddin,
3. Meharaj, MISC
Tahniah kepada semua yang dapat, tidak kurang juga pada yang tidak dapat. Semoga akan maju jaya dalam apa jua kerja yang kita buat. Sentiasa menuntut ilmu walau di mana anda berada. OATHS0809 da best!

Friday, June 11, 2010
.negaraku.
Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam. Terima kasih atas segala kurniaan-Nya kepada hamba yang lemah. Sesungguhnya, hamba sering lupa dan sering melupakan nikmat yang diberi oleh-Nya.
Alhamdulillah. Aku selamat tiba ke rumahku. Sampai sahaja di pintu pagar, kelihatan ahli keluargaku sedang bertungkus-lumus menguruskan persiapan-persiapan terakhir sebelum majlis pertunangan kakak aku pada keesokan harinya. Ingin sekali ku terus memberitahu berita gembira ini kepada mereka, namun raut wajahku jelas kelihatan sebaliknya. Namun, ku tabah memberitahu mereka. Babah, mama, abang-abang dan kakak-kakak menerima berita tersebut dengan penuh ceria dan disusuli dengan kata-kata tahniah.
Aku gembira. Aku bersyukur dengan kurniaan ini. Mungkin rasa duka tetap melanda tatkala aku tidak berjaya mencapai impianku sejak di playground tadika lagi, dan paling penting hasrat babah untuk melihat anak bongsunya merasai pengalaman sebagaimana dia rasa. Babah. Maafkanku kerana tidak mampu meraih peluang tersebut. Aku teringin sekali pulang dari UM membawa hadiah Hari Bapa yang terindah buat babah. Namun, semuanya telah tertulis. Allah telah tetapkan aku berada di tanah air tercinta. Sesungguhnya, ketetapan Allah adalah yang terbaik.
Mungkin juga, sebagai satu cara supaya bangun dan sedar daripada kelalaian ku selama ini. Sering hanyut dengan kesenangan, serta selalu mengguris hati rakan dan orang sekeliling.
Ya Allah. Aku terima pemberian-Mu ini. Alhamdulillah. Syukran Jazilan.

Thursday, June 10, 2010
.kuliah.
Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Minggu ini dah masuk minggu ketiga aku berada di pra-menara gading. Minggu yang masih lapang berbanding minggu-minggu yang bakal mendatang. Boleh tidur, bangun balik, tidur, bangun, main komputer riba, tidur, dan akhir sekali ulang kaji. Itulah rutin dalam dua minggu pertama yang hanya berisi kuliah sahaja. Namun, tidak dinafikan, seronok dapat mempelajari ilmu-ilmu baru. Dapat meningkatkan penguasaan dalam subjek-subjek fizik,kimia,matematik dan sains komputer, sebagai persediaan ke fakulti, seperti kata Mr Z.
Pelbagai fenomena dan aksi yang dapat dilihat di bilik kuliah atau lebih tepat, Dewan Kuliah Utama, Pasum. Tidur. Fokus. Sembang. Macam-macam. Namun, kebanyakan menumpukan perhatian, meskipun sama-sama masih blank dengan apa yang disampaikan oleh pensyarah.
Kompleks Pasum nampak agak menarik. Kompleks ini sudah lama dibina, dan kalau tidak silap sejak penubuhan Pasum lagi. kot.
Esok. InsyaAllah, sesuatu bakal berlaku. Menjawab persoalanku selama ini, berikutan banjir yang berlaku di rumahku tempoh hari. Ya Allah yang Maha Berkuasa dan Penjaga seluruh alam ini, bantulah hamba-Mu ini. Janganlah bagi aku kecundang tatkala aku dijatuhkan dan jangan pula aku bongkak dan sombong serta angkuh apabila diberi nikmat kejayaan. Amin.
"It was always been my dream . Yet , to be crushed , again."
Wailalliqa' maassalamah.

Subscribe to:
Posts (Atom)