Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Minggu ini dah masuk minggu ketiga aku berada di pra-menara gading. Minggu yang masih lapang berbanding minggu-minggu yang bakal mendatang. Boleh tidur, bangun balik, tidur, bangun, main komputer riba, tidur, dan akhir sekali ulang kaji. Itulah rutin dalam dua minggu pertama yang hanya berisi kuliah sahaja. Namun, tidak dinafikan, seronok dapat mempelajari ilmu-ilmu baru. Dapat meningkatkan penguasaan dalam subjek-subjek fizik,kimia,matematik dan sains komputer, sebagai persediaan ke fakulti, seperti kata Mr Z.
Pelbagai fenomena dan aksi yang dapat dilihat di bilik kuliah atau lebih tepat, Dewan Kuliah Utama, Pasum. Tidur. Fokus. Sembang. Macam-macam. Namun, kebanyakan menumpukan perhatian, meskipun sama-sama masih blank dengan apa yang disampaikan oleh pensyarah.
Kompleks Pasum nampak agak menarik. Kompleks ini sudah lama dibina, dan kalau tidak silap sejak penubuhan Pasum lagi. kot.
Esok. InsyaAllah, sesuatu bakal berlaku. Menjawab persoalanku selama ini, berikutan banjir yang berlaku di rumahku tempoh hari. Ya Allah yang Maha Berkuasa dan Penjaga seluruh alam ini, bantulah hamba-Mu ini. Janganlah bagi aku kecundang tatkala aku dijatuhkan dan jangan pula aku bongkak dan sombong serta angkuh apabila diberi nikmat kejayaan. Amin.
"It was always been my dream . Yet , to be crushed , again."
Wailalliqa' maassalamah.
No comments:
Post a Comment