Sunday, May 30, 2010

.newbook.

Assalamualaikum

Pada saat ini, aku sedang online di sebuah francais yang menyediakan perkhidmatan internet tanpa wayar.

Untuk dijadikan cerita, pada hari ahad yang lepas, aku telah mendaftar di UM sebagai seorang penuntut Program Asasi Sains. Pada hari tersebut, banyak perkara perlu diuruskan. Isi borang dan sebagainya. Pada hari tersebut juga, kami, pelajar-pelajar baru diperkenalkan kepada senior2 yang berperanan sebagai fasilitator atau lebih kenali sebagai pembantu pelajar atau PP. Mereka inilah yang menguruskan kami sepanjang minggu haluansiswa, dalam erti kata lain, minggu orientasi.

Sepanjang minggu ini, pelbagai pengalaman, pahit dan manis dapat dirasaa oleh para pelajar Pasum 2010/2011. Jadual pada minggu ini juga sangat padat, dengan pengisian pelbagai ceramah, riadah, LDK, serta taklimat berkaitan Pasum dan kolej yang kami semua diami yakni Kolej Kediaman Keduabelas.

Antara perkara yang diminati oleh kebanyakan daripada kami adalah sewaktu melakukan dance lagu Xi Shua Shua dan lagu Trauma oleh Ayumi Hamasaki. Sejujurnya, memang seronok untuk buat tarian berbentuk aerobik ini. kot. Anda anda bolehlah cuba. (:

Pada malam terakhir, ada malam persembahan. Apa yang boleh dikatakan adalah persembahan pada malam itu sungguh menarik dan bertenaga. Bak kata member aku, "standard universiti r". Tamat sahaja acara malam tu, kami diminta untuk berkumpul semula untuk acara finale. Acara ini seolah-olah explorace, tapi memang best. Bertambah best lak, sel aku menang first place. Acara itu tamat lebih kurang sebelum subuh dan diakhiri dengan penyampaian penghargaan buat PP oleh para pelajar baru Pasum. Terdapat juga anugerah khas buat PP dalam kategori tertentu sepert PP paling cute, PP paling garang, PP paling garang, dan sebagainya, serta paling akhir sekali adalah PP paling popular. "Jog...Jog...Jog..."

Apa yang aku dpt rumuskan, MHS ini sangat seronok kalau kita dapat terima dengan ikhlas apa jua yang bakal berlaku kerana semua yang berlaku ada baiknya, dan bukan dibuat dengan saja2. Meskipun aku ada gak tuang, tapi still aku rasa enjoy.

Epilog
"
Pada petang itu, aku bergegas berlari bersama teman-temanku untuk mengikuti pengisian aktiviti pada petang itu. Riadah. Aktiviti yang sangat digemari oleh kebanyakan pelajar di situ, terutamanya jika melibatkan tarian lagu Xi shua shua. Tatkala berada di hadapan pejabat Kolej 12, mataku tergerak untuk melilau ke arah tasik kolej yang indah itu. Sejurus itu, mataku menangkap kelibat seseorang yang tidak asing dalam hidupku. Insan itu bersama rakan-rakannya yang turut mempelajari bahasa negara matahari terbit. Aku tidak pasti sama ada pandanganku itu turut ditangkap olehnya atau tidak. Hatiku terdetik sesuatu yang sukar didefinisikan oleh kata-kata, maka aku terus berlalu menuju ke pentas dansa."

Wailalliqa' Maasalamah.

2 comments:

  1. kau tuang riadah eh? hahahahaha :))
    nsb baik x kantoi dgn 'jog jog jog'
    :PP

    ReplyDelete
  2. hahaha.mana ade tuang.aku spirit gile nak gi menari xi shua shua.:)))

    "jog jog jog"

    ReplyDelete