Friday, June 11, 2010

.negaraku.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam. Terima kasih atas segala kurniaan-Nya kepada hamba yang lemah. Sesungguhnya, hamba sering lupa dan sering melupakan nikmat yang diberi oleh-Nya.

Alhamdulillah. Aku selamat tiba ke rumahku. Sampai sahaja di pintu pagar, kelihatan ahli keluargaku sedang bertungkus-lumus menguruskan persiapan-persiapan terakhir sebelum majlis pertunangan kakak aku pada keesokan harinya. Ingin sekali ku terus memberitahu berita gembira ini kepada mereka, namun raut wajahku jelas kelihatan sebaliknya. Namun, ku tabah memberitahu mereka. Babah, mama, abang-abang dan kakak-kakak menerima berita tersebut dengan penuh ceria dan disusuli dengan kata-kata tahniah.

Aku gembira. Aku bersyukur dengan kurniaan ini. Mungkin rasa duka tetap melanda tatkala aku tidak berjaya mencapai impianku sejak di playground tadika lagi, dan paling penting hasrat babah untuk melihat anak bongsunya merasai pengalaman sebagaimana dia rasa. Babah. Maafkanku kerana tidak mampu meraih peluang tersebut. Aku teringin sekali pulang dari UM membawa hadiah Hari Bapa yang terindah buat babah. Namun, semuanya telah tertulis. Allah telah tetapkan aku berada di tanah air tercinta. Sesungguhnya, ketetapan Allah adalah yang terbaik.

Mungkin juga, sebagai satu cara supaya bangun dan sedar daripada kelalaian ku selama ini. Sering hanyut dengan kesenangan, serta selalu mengguris hati rakan dan orang sekeliling.

Ya Allah. Aku terima pemberian-Mu ini. Alhamdulillah. Syukran Jazilan.

No comments:

Post a Comment