Saturday, February 13, 2010

.turn left turn right.

.assalamualaikum.
hari ni agak meriah rumah aku, dgn kehadiran adik-beradikku yg full
tp
parents aku lak takde.for a nite.pegi wedding lak.
maka,
tinggallah kami 5 beradik.macam2 leh jadi.haha.yg pentingnye,semua menghadap pc. tv dan kucingku, siti payung tidak pula dilayan.haisy.
satu hari yg boleh dikatakan usual
tv
pc
fon
mkn
tdo
serta mcm2 update dr kawan2 lame yg kini berada di seluruh pelusuk malaysia. ni khusus kpd bekas2 pelajar sk usj 20 yg same2 ngan aku.luckily ade group kat fb, bole la kita berkenalan semula.muke smua dh laen2.
.nothing much.
sememangnye setiap makhluk di dunia ini mempunyai masalah mereka masing2.tak kira sama ade manusia, binatang mahupun yg laen2.mgkn kucing ade mslh lari drpd anjing.ikan ade mslh mcari makanan.pengemis ade masalah kewangan.ahli politik ade masalah ngan parti.ape2 je la.
namun, cuba bayangkan kalo hidup tanpa masalah.sure tade cabaran,kan? so, kalo diri anda yg sedang ditimpa masalah, penulis ingin menggalakkan anda2 semua supaya tangani dgn bijak dan dan sabar.ssghnya, Allah menurunkan sesuatu bencana itu adalah utk menguji hamba-hambanya.jika seseorg itu dikatakan beriman kpd-Nya, maka sejauh manakah hamba itu akan beriman kpd-Nya.Allah menurunkan musibah berdasarkan kemampuan hamba-hamba itu sendiri.kemampuan mcm mane?wallahua'alam.Sesungguhnya, Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.sbb ssorg itu ditimpa musibah juga dilihat sbg cara Allah ingin mengampunkan dosa-dosa kecil yg telah kita lakukan.dosa-dosa kecil ini kebanyakannya dilakukan tanpa disedari dan disedari.oleh itu, jelaslah bahawa Allah amat menyayangi ciptaan-ciptaan-Nya, kerana kita sering diberikan peluang oleh-Nya, lebih2 lg sbg umat Muhammad di akhir zaman ini, berbeza dgn umat-umat terdahulu.umat2 terdahulu diturunkan balasan menerusi plbg musibah dan bencana on the spot, tapi pada akhir zaman ini, Allah tidak menurunkan secara terus tapi pd kadar yg sedikit shj.cuba kita fikirkan.knp demikian? berikutan keadaan akhir zaman yg kian mencabar dgn pelbagai anasir yg cuba menggugat akidah muslim kini menerusi pelbagai cara, sama ada secara terang-terangan mahupun secara rahsia.yg jelas, antaranya program2 televisyen yg memaparkan wanita2 yg berpakaian kurang sopan digunakan sbg agen dan medium utk memancing para penonton, khususnya umat islam di negara2 baru dan kurang mengenali agama suci dan lurus ini.mereka dijadikan sasaran berikutan ceteknya ilmu pengetahuan dan pengimplementasian agama dlm masyarakat khususnya dlm institusi keluarga itu sendiri.bg negara yg menjadikan agama Islam sbg agenda utama negara, spt Malaysia, usaha menyampaikan ilmu amatlah memberangsangkan dan mengagumkan, namun, penghayatan agama pula menjadi tanda tanya. meskipun ilmu agama yg ade pada anak2 muda jelas cmerlang spt yg dibuktikan melalui peperiksaan awam spt pmr ,spm dan stpm, namun identiti ini tidak jelas kelihatan pd mereka ni.mereka mungkin boleh memperoleh A dlm peperiksaan ini,tp amalan seharian mereka masih berada pada tahap membimbangkan.budaya2 barat yg tidak sihat dicampuradukkan dgn agama.agama seolah-olah diasingkan drpd rutin seharian, dan dianggap sbg ritual seharian yg diamalkan oleh nenek moyang.Masya-Allah.oleh itu, bagaimana negara kita ingin mengatasi masalah ini?penghayatan perlulah difokuskan di samping penyampaian ilmu agama ini.
.nothing much.
apa yg penting kat sini.ape jua masalah yg bakal kita hadapi, kita hendaklah renung sketika, dan ambil yg positif drpd nye.ssghnya Allah amat menyayangi hamba-Nya dan setiap yg berlaku pasti ade sesuatu yg Dia ingin tunjuk atau beri kpd kita, lebih2 lagi perkara2 yg kita tidak pernah sangka akan berlaku dlm hidup kita pada masa akan datang.
.handle with care n take it positively, n u sure to find the answer behind it.
.don't regret whatever choice u made except if the choice is totally bad.
.relax n handle.

.till next post.
.wailalliqa' maassalamah.



(p/s: dont stress about it, k..just say it :)... )

5 comments: