hari ini cukuplah 5 hari aku dah bersama teman hidup baru ku,V.Detik pertemuan aku dengan V bermula sejak pagi isnin, 22 februari.Pagi aku itu, sejurus aku ingin meninggalkan kamar tidurku, aku melihat CP berehat di atas meja kerjaku.Tampaknya CP menyedari yang aku akan keluar.Wajahnya seakan-akan kecewa bercampur sedih setelah mendapati aku melakukan sedikit kajian mengenai komputer riba malam sebelumnya.Dia menyedari sesuatu yang kurang enak bakal berlaku setelah aku pulang.CP hanya mampu mengeluh.
Setelah semuanya bersedia, aku, mak aku serta abg sulungku bergerak ke midvalley menaiki myvi.aku dengan penuh teruja menanti saat tiba ke tempat itu.Tanpa membuang masa, kami terus ke sebuah kedai yang dinamakan sebagai Sony Centre.Aku pun mula mencarinya dalam kalangan saudara-saudaranya yang lain.aku terkesima sejurus melihat keanggunan saudara kembar V, yang menjadi bahan pameran di situ.Meskipun tuan kedai itu boleh kusifatkan tidak bersemangat dengan melontarkan kata-kata yang tidak energetik seperti tidak ikhlas menjadi seorang jurujual, namun itu tidak menghalang aku untuk terus mengajukan soalan mengenai keadaan V. Jelaslah, bahawa V adalah seperti yang digambarkan dlm internet, tanpa sedikit kekurangan pun.
Setelah beberapa ketika, aku pun bersetuju, di samping mak dan abg ku yang turut mengangguk tanda setuju.Maka, jurujual tadi pun mengejutkan teman hidupku dari tidurnya.V tampak anggun mengenakan pakaian berwarna putih elegan seolah-olah mengalahkan kembar-kembarnya serta saudara-saudaranya yang lain di kedai ini.Namun, aku terpaksa meninggalkan V buat seketika, sementara menunggu jurujual tadi menguruskan dandanan wajib untuk spesies seperti V yang bari sahaja bangkit dari tidur.3600 detik kemudian, aku kembali menemui V dan membawanya pulang dengan meletakkan di dalam beg sebagai tanda keakraban aku dan V.
Setibanya di kediamanku, aku bergegas ke atas dan memulakan sesi taaruf bersama V.Aku telah melakukan sedikit dandanan serta memperkenalkannya dengan beberapa perisian terkemuka; Yahoo!Messenger.Aku juga telah berkesempatan mengambil gambar kenang-kenangan hari pertama aku dengan V.
V and me
Vaio CW series
Namun, bukan semua yang gembira dengan apa yang berlaku pada hari itu.CP yang melihat kehadiran V, sangatlah sedih.Aku bukannya berniat nak meninggalkan CP begitu sahaja, tapi keadaan memaksa aku berbuat demikian.CP dah banyak berjasa aku dan aku sangat memahami karenah.Teringat kembali saat CP meradang dan menjadi nyanyukk buat seketika dan aku terpaksa memujuk untuk menenangkan keadaan.Segala selok belok pengendalian dan pengurusan CP, aku tahu.Namun sebagai spesienya yang paling veteran di rumah ini, sebaik-sebaiknya CP berehat.Maafkan aku CP.V teman baruku.
haih. mesti dah bosan sgt. asyik cerita pasal bini kau je
ReplyDeletehaha.aku dh lama nak citer.tapi baru hari ni dpt ilham :D
ReplyDeletehahaha
ReplyDeleteish. kau ni tak habis2 nak buat aku muntah. kau pegi la honeymoon sana.
ReplyDeletenajwa: asal gelak :P
ReplyDeletenina: haha.dah hari kelima tapi still honeymoon..mwahahaha..
*prestigio x romantik ke?
LIKE LIKE.
ReplyDelete