Friday, November 2, 2012

.pilihan.

Assalamualaikum.

Pilihan. Tidak kira di mana, situasi apa mahupun waktu apa, kita akan dihamparkan dengan berbagai pilihan, sama ada kita mahu atau tidak. Sama ada kita rasa ianya baik untuk kita atau tidak.

Kita juga boleh membuatkan satu perkara itu mempunyai dua pilihan, tiga pilihan, 20 pilihan atau hanya satu pilihan. Sehubungan itu, sejak kebelakangan ini, aku selalu merasakan aku boleh menambahkan lagi pilihan terhadap kehidupan aku sebagai seorang pelajar universiti, walhal aku sepatutnya mengelakkan daripada menambah pilihan itu. Sebagai misalnya, aku hanya ada satu pilihan iaitu untuk ke kelas pada waktunya. Namun, aku boleh wujudkan pilihan kedua iaitu pergi ke kelas 10 minit lewat. Takpun, aku boleh juga tambah satu lagi, iaitu tidak ke kelas langsung dan terus lena dibuai mimpi indah.

Ya. Pilihan-pilihan tersebut kita yang wujudkan dan tidak kurang juga kita yang menentukan mana satu yang kita mahukan.




Ada pula, pilihan itu datang tanpa kita menduga, sehinggakan kita tidak tahu hendak teruskan dengan yang mana. Kita buntu,  tanpa hala tuju, untuk menentu, pilihan yang satu.



Sejujurnya, terdapat satu perkara ini yang sering berlegar mindaku. Perkara yang sering membuat diam kaku. Persoalan, 'apa yang perlu ku buat?' sering menemani, walau tidak diingini.

Kadang ku tanya diri ku ini, 'kenapa kau begini?'. Namun, diriku diam seribu bahasa menjawabnya.

Sekali sekala, aku tertanya, kenapa aku terus berharap, walhal itu bukannya sesuatu yang tetap.

Sesungguhnya, ku boleh bersabar ku boleh bertahan, memang itu yang aku hendakkan.

Semoga perkara ini tidak lama, malah hanya permainan minda sementara, kerna aku tidak tahu, apa perkara yang bakal menghadapku.


Wailalliqa' maassalamah.

No comments:

Post a Comment