Wednesday, November 14, 2012

.gurausenda.

Assalamualaikum.

Dalam kehidupan seharian kita, kita memang tak dapat lari daripada senda gurau. Lebih-lebih lagi apabila kita bertemu dengan kawan-kawan rapat kita seperti rakan sekelas, rakan sesekolah, rakan sefutsal mahupun rakan sepejabat. Gurauan itu juga hanya mampu difahami oleh kelompok itu sahaja, dalam erti kata lain, sesuatu gurauan itu diibaratkan seperti sesuatu 'bahasa' yang dituturkan oleh kelompok itu sahaja.

Kandungan sesuatu gurauan itu mewujudkan hiburan buat sesuatu kelompok kerana kebiasaannya kesemua anggota akan tergelak dengan kandungan yang disampaikan. Dengan ini, tidak wujud sebarang ketidaksenanghatian pada diri mana-mana pun ahli.

Adapun, sesuatu gurauan itu mengandungi unsur-unsur yang melibatkan orang, organisasi mahupun makhluk yang lain. Dari sudut pandangan anggota-anggota kelompok, memang tiada yang tersinggung. Namun, jika kita berada dalam posisi pihak yang terlibat sebagai 'kandungan' gurauan itu, bagaimana pula? Apa yang bakal kita rasa ?

Dalam kita tak sedar, kita banyak melakukan gurau senda, kalau tidak sedikit tapi banyak mengguris hati orang lain. Dalam kita ketidaksedaran itu, kita terus menerus melakukannya, kerna bagi diri kita, pihak yang kita jadikan sebagai bahan gurauan tidak mendengar apa yang kita perkatakan.

Namun, hakikatnya, Tuhan maha mendengar dan maha mengetahui segala-galanya. Pernahkah kita mewujudkan persoalan dalam benak kita, "tidakkah kata-kata kita itu berbaur cercaan dan penghinaan?". Jika kita bertanya pada diri sendiri, tentunya jawapannya, YA.


Marilah kita sama-sama saling tegur menegur, kerna kita manusia yang tidak pernah lepas daripada lupa. InsyaAllah.


Apa yang salah kita betulkan, 
Apa yang betul kita jadikan tauladan.


Wailalliqa' maassalamah.

2 comments: