Beberapa jam lepas, aku ada terbaca satu blog post seorang kawan ni (boleh tengok kat sini). Apa yang dikatakannya sangatlah benar (Y).
Aku teringat satu ayat ni, "cara kita ingin kenal diri sebenar seseorang kawan kita tu, kita disarankan untuk mengembara atau bermusafir dengan kawan kita itu". Pernah dengar ?
Sebenarnya, ayat tersebut ada kaitan dengan kisah seorang sahabat, yakni Saidina Umar al-Khattab. Sedikit pencerahan di sini.
Ayat tersebut menyebabkan aku teringat akan perjalanan 3 hari 2 malam aku ke Melaka bersama-sama seorang kawan aku, merangkap batch mate OATHS, OP Chep. Sepanjang perjalanan ini, aku diberi peluang oleh Allah Taala untuk lebih mengenali kawan aku ni, sebabnya kebanyakan masa aku lepak dengan dia. (Actually, dia nak pergi majlis nikah dia.haha)
Dalam masa ini juga, aku berkesempatan mengenali tempat-tempat di selatan semenanjung Malaysia (okay, takde kaitan sangat.)
Ok. Tidak dapat dinafikan, mendirikan rumah tangga merupakan satu tanggunjawab/peralihan hidup/perubahan yang sangat besar dalam hidup seseorang. Daripada satu menjadi dua. Daripada haram menjadi halal. Daripada suka jadi gembira (?). Daripada beberapa tanggungjawab menjadi beberapa tanggungjawab tambah satu; dan lain-lain lagi. Oleh sebab itu, seseorang itu, tak kira lelaki mahupun perempuan perlu bersedia; dari segi rohani, mental, fizikal dan intelektual.
Dalam konteks Chep ni pula, setelah mengharungi 3 hari 2 malam bersama-sama dia (dan tambahan 2 tahun kat maktab dulu), insyaAllah aku percaya dan yakin bahawa Chep ini dah siap sedia untuk meniti hari sebagai seorang suami. Kadang tu, aku rasa diri aku sendiri belum bersedia lagi dalam segenap aspek. Namun, Chep telah membuktikan (walaupun bukan niat dia nak buktikan kat aku, tapi ini atas penilaian diri aku sendiri).

Apa yang aku boleh simpulkan, sejauh mana kita kenal seseorang rakan kita itu, namun kita tidak sebenar-benar mengenal orang itu selagi kita tidak mengembara atau bermusafir dengan rakan kita itu. Ini adalah kerana dalam bermusafir ini, kita akan diuji dengan dari pelbagai sudut; keselesaan, rehat, makan minum, emosi dan berbagai lagi. Selain itu, bermusafir itu juga bermaksud kita sedang melepaskan zon selesa kita seperti mengubah rutin harian kita ketika berada di rumah.
"Perjalanan musafir adalah satu cebisan daripada azab". (HR Bukhari dan Muslim)
Wailalliqa' maassalamah.


No comments:
Post a Comment