Assalamualaikum
Alhamdulillah. Berdasarkan tajuk di atas, mungkin pelbagai andaian boleh timbul daripada kotak fikiran anda anda semua. Namun, tiada la se-havoc mana sebenarnya. Aku tidak mendapat sebarang durian runtuh atau apa-apa.
Nak dijadikan cerita, aku telah dipanggil untuk pergi temuduga Yayasan Pelajaran Mara, bagi program Ijazah berkembar ke Jepun. Temuduga itu telah berlangsung semalam di Universiti Industri Selangor, Shah Alam. Program ini akan melibatkan para pelajar mengambil diploma dalam kejuruteraan elektrikal atau mekanikal selama tiga tahun di UNISEL dan dua tahun pengajian ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan di Jepun.
Para calon diminta berada di UNISEL pada jam 9 pagi. Pada pagi tersebut, aku terjaga pada jam6.50, solat dan tertidur semula. Pukul 8.15 pagi, aku dikejutkan. Menggunakan skil change parade yang terdahulu, aku bergegas menyiapkan diri. Dah siap semua, tali pinggang pula tiada. Maka aku pun pinjam ayah aku punya. Pula tu, tali pinggang besau pula. terpaksalah modify cket.Naseb baek UNISEL, a stone throw away, tak menjadi masalah sangat.
Setibanya kat UNISEL, terdapat beberapa muka yang familiar, yang pernah kulihat sebelum ini. Sementara menunggu giliran, aku bersembang dengan seorang rakan sekolah rendah aku dahulu. Ada juga aku bersembang dengan orang lain, yang masing-masing musykil akan apa soalan yang bakal ditanya. Setelah beberapa ketika, aku pun masuk.
Sejurus masuk, aku pun mengambil tempat duduk, setelah disuruh. Di hadapanku terdapat dua orang wanita melayu, yang bersedia menjalankan tugas sebagai penemuduga. Setelah beberapa soalan, tibalah masanya untuk soalan matematik dan fizik. Mereka menyuruhku menulis penyelesaian di papan putih. Kemudian, tibalah bahagian yang aku rasa lawak (kot). Panel tersebut bertanya, jika diberi pilihan untuk belajar di UK atau Jepun, yang mana akan kupilih. Dengan tanpa ragu-ragu lagi, aku menjawab UK. Panel tersebut tergelak, dan berkata "Good, you are being honest". Aku juga hampir tergelak mendengar kata-kata penemuduga tersebut.
Setelah beberapa soalan, temuduga pun selesai. Di luar kelihatan ramai lagi calon menunggu. Kepada sesiapa yang bertuah, mereka dapat rasa ditemuduga dengan orang yang dari negara matahari terbit itu. Namun, ramai yang meluahkan rasa kecewa kerana kurang memahami bahasa Inggeris yang dituturkan orang itu.
Jepun. Sebuah tempat yang menarik untuk dilawat atau lebih-lebih belajar. Teknologi yang ada amat mengagumkan, di samping infrastruktur yang menarik perhatian. Di samping itu, iklim negara tersebut, menyebabkan kita dapat rasa kita berada dalam sebuah filem jepun.
Namun, jauh di sudut hatiku, aku rasa lebih baik bagiku untuk belajar di Malaysia berbanding ke sana. Memang Jepun tidak tersenarai dalam pilihan negara yang ingin aku pergi, tetapi seperti kata orang, rezeki jangan ditolak, peluang jangan dilepas.
No comments:
Post a Comment