Wednesday, May 12, 2010

.drama.

Assalamualaikum

Pada masa ini, aku sedang semi melayan skuad negara menentang denmark, dalam kejohanan Piala Thomas pada peringkat suku akhir. Aneh. Ada sedikit perubahan dalam percaturan match keempat; bergu. Fairuzizuan sudah tiada. Digantikan dengan Thien How. Buat masa ini, perlawanan nampak agak membanggakan.

Drama. Secara tulus ikhlas, aku minat menonton drama melayu yang dua jam, secara spesifiknya pada hari sabtu, jam 10 malam, bersiaran di sebuah stesen televisyen swasta. Maybe ada yang akan kata lame atau bosan, tetapi bagiku kita patut lihat dari segi nilai yang ingin disampaikan oleh cerita itu. Aku ambik satu misal, awal tahun dulu, aku sempat sebuah drama dalam slot tersebut. Tajuknya "Dalil Cinta". Dibintangi oleh FahrinAhmad dan SharifahAmani. Pada permulaan cerita tersebut, memang agak lucu. Mula-mula aku beranggapan ini satu lagi cerita komedi yang boleh membuatkan penonton tidak kering gusi.

Namun, setelah lama mengamati drama ini, bermacam-macam konflik timbul tatkala mereka mendirikan rumah tangga. Bagaimana seorang isteri yang tidak menjalankan tugas sebagai seorang isteri. Hidup macam orang bujang. Kesian sungguh suaminya, balik dari kerja, buka tudung saji, tapi takde pape. Isteri pula terbongkang tidur di katil sana. Pada akhir cerita, si isteri sedar akan tanggungjawabnya, dan telah berjaya berubah menjadi seorang yang lebih baik.

Itulah yang dapat kita jangkakan dari sesebuah drama televisyen; permulaan, konflik, penyelesaian dan happy ending. Kalaulah life boleh macam tu. Last-last mesti gumbira, walaupun berbagai masalah melanda. Kalau semua boleh berfikiran macam ini, rasenye boleh la kot jadi.

"Kusangkakan panas hingga ke petang, tetapi hujan di tengah hari; kusangkakan cerah yang datang, tetapi pelangi yang diberi".

Harapkanlah yang terbaik, meskipun berbagai masalah melanda, kerana sesungguhnya, Dia akan beri yang terbaik pada akhirnya. Sudahkah anda menonton drama-drama seperti itu? (:

No comments:

Post a Comment