Mengata, mengumpat, mengejek, mengeji. Menjadi kebiasaan lidah dini hari. Kata-kata tersebut dikeluarkan lancar ibarat minyak petrol yang lancar mengalir dari pam minyak, melalui hos sehinggalah ke mulut lubang minyak kereta. Lancar. Seolah-olah rutin harian. Tiada merasa ragu dan gentar serta risiko atas perbuatan tersebut.
Kata peribahasa melayu, sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Sesuatu yang sering dilakukan, lama-lama akan jadi kebiasaan. Kebiasaan. Memang benar kata orang melayu dahulu kala. Kalau kita biasa memandu, sudah semestinya kita akan menjadi semakin mahir. Kalau kita selalu memasak, tidak mustahil kita mampu menjadi tukang masak terkenal dan hebat. Kalau kita selalu sangat berangan, maka kita akan berada di awang-awangan. Tidak kurang juga kalau kita sentiasa melazimkan perkataan berbaur cacian, hasutan mahupun umpatan, maka kata-kata tu boleh disamakan seperti helo dan hai serta tidak ubah seperti dalam kamus harian.
Persoalannya, apa hak kita sebagai hamba yang hina untuk bertindak sedemikian. Apakah patut kita mengeji kekurangan saudara kita sendiri, sedangkan kekurangan tersebut adalah kehendak dan kemahuan Allah? Apakah patut kita mengumpat dan mengata saudara kita sendiri, sedangkan lidah dan telinga yang terlibat dalam aktiviti ini adalah kurniaan Yang Maha Esa, untuk kita gunakan ke arah jalan yang diredhai dan demi menjalankan tugas kita sebagai khalifah di muka bumi ini? Inikah cara kita mensyukuri kurniaan-Nya? Apakah kita mahu pulang dengan keadaan sedemikian; tugas dan tanggungjawab yang tidak selesai? Renungkanlah. Marilah kita.
-----><------
Mungkin ada yang kata aku normal, tidak kurang juga yang kata aku ni bermasalah dan huru-hara termasuklalh diriku sendiri. Ada betulnya pada kenyataan tersebut. Boleh dikatakan sebahagian daripada diriku (literally) tiada bersamaku. Kehilangan. Ibarat kanak-kanak hilang beruang Teddynya. Ibarat juruukur hilang meter pengukurnya. Ibarat chef hilang spatulanya. Semuanya tidak lengkap kalau tidak bersama.
Pernahkah anda mendengar mengenai dog tag? Kalau tidak pernah, bolehlah rajin-rajinkan diri menggunakan encikgoogle untuk maklumat lanjut, atau lebih mudah menerusi laman sesawang wikipedia.
Sebagai seorang putera mtd suatu ketika dahulu, aku berkesempatan mendapatkan seutas dog tag. Sebagai sebuah negara bekas jajahan Inggeris, sistem ketenteraan Malaysia mempunyai sedikit sebanyak persamaan dengan sistem Inggeris. Oleh itu, terdapat beberapa perkara yang masih diguna pakai sehingga kini. Antaranya pengaplikasian dog tag ini. Berlandaskan tujuan utamanya; sebagai pengenalan diri. Dog tag ini adalah seutas rantai yang terdiri daripada dua keping disc, yang pada kedua-duanya terdapat butir-butir pengenalan diri seperti nama, agama, no tentera dan jenis darah. Kesemua perkara ini amat penting jika berlaku sebarang perkara terutamanya sewaktu berada di medan perang.
Namun, seperti tertera, dog tag aku hanya mempunyai satu disc. Ke mana hilangnya? A part of me is not here. But, it is some where, that i consider safe. I know it is there. (:
wailalliqa' maasalamah.
Mungkin ada yang kata aku normal, tidak kurang juga yang kata aku ni bermasalah dan huru-hara termasuklalh diriku sendiri. Ada betulnya pada kenyataan tersebut. Boleh dikatakan sebahagian daripada diriku (literally) tiada bersamaku. Kehilangan. Ibarat kanak-kanak hilang beruang Teddynya. Ibarat juruukur hilang meter pengukurnya. Ibarat chef hilang spatulanya. Semuanya tidak lengkap kalau tidak bersama.
Pernahkah anda mendengar mengenai dog tag? Kalau tidak pernah, bolehlah rajin-rajinkan diri menggunakan encikgoogle untuk maklumat lanjut, atau lebih mudah menerusi laman sesawang wikipedia.
Namun, seperti tertera, dog tag aku hanya mempunyai satu disc. Ke mana hilangnya? A part of me is not here. But, it is some where, that i consider safe. I know it is there. (:
wailalliqa' maasalamah.
i'm getting a bit out of control. sorry.
mane pegi dog tag kau lg skeping?
ReplyDeleteade some where (:
ReplyDelete