Assalamualaikum.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana memberi nyawa kepada hamba-hamba-Nya untuk terus hidup berjuang menegakkan panji-panji agama. Semoga kita tergolong dalam golongan yang diredhai-Nya.
Rasanya sudah lama sejak post aku yang terakhir. Macam-macam benda telah berlaku, sama ada yang menggembirakan, tidak kurang juga yang menyedihkan dan mengecewakan. Biasalah tu. Perkara gembira tidaklah seharusnya dilihat sebagai sesuatu yang bisa membawa gelak ketawa, kerana pada akhirnya kita akan menangis duka. Apabila gembira tiba, terimalah dengan biasa. Begitu juga kalau kita sedih. Tatkala kecewa dan sedih merajai jiwa, biasanya akan ada cahaya kegembiraan, menyinari malapnya kekecewaan.
Semuanya telah ditetapkan oleh-Nya. Teruskan meminta, berusaha dan berserah. InsyaAllah kita tidak akan kalah. Kerna janji Yang Maha Esa. Akan sentiasa hamba-hamba-Nya. Meskipun masalah melanda bertubi-tubi, masalah yang kita tidak tahu puncanya, masalah yang timbul secara tiba-tiba, insyaAllah kesabaran dan tawakkal akan membantu.
Al-kisah, di sebuah tempat yang baru dan lapang. Kawasan yang lapang itu, mula dihiasi dengan pelbagai tumbuh-tumbuhan kecil dan petempatan yang sedikit. Hari bertukar hari, malam bersilih ganti, tumbuh-tumbuhan dan pohon-pohon tumbuh dengan baik dan berkualiti dengan kehadiran cuaca yang baik. Petempatan bertambah berikutan tempat yang indah itu berjaya menambat hati pelbagai masyarakat dan mereka hidup dengan penuh harmoni dan bahagia. Tempat indah sangat disayangi dan disukai oleh penduduk di situ.
Hari tidak selalunya cerah. Tempat tersebut mula dilanda kemarau, yang pada mulanya hanya disangka perubahan cuaca yang normal. Penduduk menerima bencana tersebut dengan positif. Namun, kemarau berlarutan dan keadaan menjadi kritikal. Tumbuh-tumbuhan yang mekar indah tumbu menjadi layu, di samping air sungai menjadi kering. Tempat itu tidak lagi seindah biasa. Tambahan pula, penduduk yang pada asalnya bahagia dan harmoni mula berpecah belah. Pergaduhan menjadi rutin harian. Kematian menjadi satu kebiasaan.
Tiada apa yang mampu dilakukan, cuma doa dan kesabaran menjadi senjata melawan. Kadang tu, sesuatu berlaku tanpa kita duga. Kita sendiri tidak tahu apa puncanya. Samalah seperti dalam sesebuah hubungan. Hubungan sesama keluarga, sesama suami isteri, sesama rakan sekerja, sesama rakan sekolah, sesama kenalan, sesama rakan rapat, mahupun antara pemimpin dengan pengikut. Aku hanya mampu memberi pendapat dan aku aku berpendapat bahawa sesebuah hubungan itu boleh diibaratkan dengan sesuatu tempat atau kawasan tinggal. Segala perkara perlu diambil kira. Namun begitu, hubungan mampu menjadi renggang akibat perkara yang kita tidak sangka. Persengkataan dan perbalahan; adalah kemarau dalam hubungan. Moga segala hubungan yang kita adakan, tidak mempunyai sebarang kemarau. Hanya doa dan tawakkal mampu menyelesaikan seandainya kita bertemu jalan buntu.
Terlalu banyak kata akan menambahkan kesilapan. Mungkin sesetengah insan akan bertindak menyalahtafsirkan kata-kata kita itu. Cerah akan jadi gelap. Tenang akan jadi huru-hara. Baik akan jadi buruk. Rapat akan jadi renggang. Aku tidak begitu mengerti mengapa terjadinya begini. Tetapi melalui pemerhatian dan pengalaman mampu mengajar diri kita semua punca berlakunya perkara sedemikian. Renungkanlah dan jauhkanlah perbuatan kesimpulan awal. Amat berbahaya. Dalam kajian sains, tidak mengapa.
Wailalliqa' maassalamah
(I promise. Bear in mind.)

No comments:
Post a Comment