Tuesday, July 24, 2012

.smkakk[2].

[Bahagian 2]


Malam pertamaku di sekolah tersebut sememangnya terasa sakit rumah itu (homesick). Malam itu merupakan malam jumaat, maka semua pelajar sedang berada di surau untuk bacaan Yaasiin dan tahlil. Oleh sebab tu, aku terpaksalah bergegas meletak barang dan terus ke surau. Oh ye, selipar terlupa nak dibawa, maka berkasut la ke surau malam tu -.-

Kehidupan di Asrama

Blok asrama aku yakni Blok Umar dihuni oleh pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 manakala blok yang lagi satu, Blok Abu Bakar dipenuhi dengan pelajar-pelajar Tingkatan 3, 5 dan 6 Atas. Sememangnya ada sebabnya mengapa disusun begitu dan sudah semestinya itulah blok paling digeruni untuk dipergi (bagi aku).haha.

Time mandi pagi-pagi dan petang-petang, kami para junior biasanya akan mandi kat tandas, sebab itu jela yang boleh digunakan. Nak guna shower tapi shower takde tirai. Oleh sebab itu, setiap kali nk mandi, haruslah beratur di depan setiap pintu jamban, menunggu giliran. Itulah hari-hari. Time pagi agak spooky, tp since pagi tu la jugak mamai, maka terasa kespookyan itu. Mandi saja.

Cakap pasal spooky spooky ni, teringat lak time hujung-hujung bulan 1 masa Tingkatan 1 dulu. Kami diceritakan bahawa setiap tahun, time 1 Februari akan ada hantu misteri membawa troli berjalan melalui kaki lima di asrama kami. Mana tak cuaknya! Since 1 Februari tu adalah hujung minggu, kami ramai-ramai Form 1 pakat tidur kat bilik yang sama, bilik Sxon to be exact, susun tilam panjang-panjang kat atas lantai dan tidurlah. In the end, takde pape pun. Errr. pelik pelik -.-

Dewan Makan dan makan-makan

Benda yang seterusnya adalah makanan dewan makan lak. Satu senario mengenai DM ni, time weekdays, kecuali jumaat, akan dihidangkan lauk ikan, jarang sekali ayam atau daging. Walaupun masak cara apa pun, still akan makan. haha. Satu lagi, kalau terasa tak nak makan nasi masa tu, boleh exchange dengan buah yang ada masa tu. Kirenye akan ada dua buah. Sampai sekarang tak tahu kenapa cara ini digunakan.haha. Kat DM jugak aku diperkenalkan dengan pelbagai kuih-muih Sabah yang sedapp :)


Teringat lak ade sekali aku terlewat untuk makan malam, aku terus meluru ke DM. Setibanya kat situ, aku lihat still ada beberapa org yg ada kat situ, siap berbaju melayu namun waktu mengambil makanan sudahpun habis. Lalu aku cuma minum air sahaja kat situ. Rupanya air yang manis. Lantas mereka pun meng-usha aku semacam. Aku pun berlalu keluar dengan penuh kebingungan. (Rupa-rupanya air tersebut adalah untuk org-org yang berpuasa, dan menjadikan situasi itu pelik apabila aku minum di hadapan mereka tanpa rasa segan silu. Form 1 -.-).

 Time malam, selepas waktu prep, kantin semestinya akan menjadi tumpuan sebab ada jual nasi goreng 50 sen dan sosej 50 sen yang diletakkan together dalam satu plastik, boleh tambah kuah kalau mau, maka harganya cuma seringgit !  Cara nak makannya senang saja, pertama bahagian terbuka plastik itu akan dipusing  menjadi ketat dan salah satu bucu plastik itu akan digigit seterusnya bolehlah makan :D

The next best things adalah maggi dan milo! Kedua-kedua ini boleh kita macam makanan wajib. Maggi tu mmg akan makan macam biasa, tapi milo tu akan jadi lain cket. Milo tu akan jadi biskut coklat. Terbaik (Y). Time Form 1 tu jugak, parents aku selalu supplykan susu dutchlady 6 kotak, dengan harapan dapat jadi lagi tinggi, tapi tak tahu la hasilnya macam mana.




[insyaAllah...akan bersambung]

No comments:

Post a Comment