Setiap kali aku buka iTunes ni, aku akan biarkan ia dalam mode shuffle dan pelbagai lagu akan dimainkan. Sesekali aku akan terdengar lagu "Di sana Menanti Di sini menunggu" daripada Ukays tidak kurang juga akan mendengar lagu "Your Song" daripada Ellie Goulding. Namun, satu lagu ni mengingatkanku kenangan semasa berusia 10 tahun, tatkala masih di bangku sekolah rendah. Lagu tersebut adalah "Setia Kukorbankan" nyanyian Fauziah Latiff.
Setelah berhempas pulas, akhirnya jumpa juga apa yang ingin dicari. Tajuk drama tu adalah "Kiranya Aku Tahu" atau "Kiranya Ku Tahu". Mana-mana lah. haha. Drama bersiri ini menceritakan perjalanan hidup seorang lelaki yang berjaya sewaktu sekolah dan ditawarkan belajar di United Kingdom. Setibanya di negara orang itu, dia ibarat terkena kejutan budaya dan seterusnya dia turut mengamalkan budaya barat yang amat berbeza dengan budaya di tanah airnya. Dalam masa yang sama, dia mempunyai seorang kekasih di tanah air dan tak silap aku, dia berjanji akan pulang mencarinya setelah tamat pengajian.
Namun, janji tinggal janji. Dia tidak pulang ke tanah air. Setelah tamat pengajian, dia mendapat pekerjaan di Sri Lanka dan berkahwin dengan orang tempatan di situ. Oleh sebab isterinya itu baru memeluk Islam setelah berkahwin dengannya, maka isterinya ini masih mengamalkan cara hidup yang lama. Dalam masa yang sama juga, dia sering mengalami masalah dengan pekerjaannya. Pekerja-pekerjanya mogok dan sebagainya.

Setelah sekian lama dan rambut menjadi sedikit putih, dia pun pulang ke tanah air. Ketika itu, dia sudah bergelar duda. Dia pulang dengan penuh rasa keinsafan. Kebetulan juga ketika dia pulang itu, dia terlihat kekasih lama dia itu. Kekasihnya itu sedang mendukung anak dan kelihatan juga suami di sisi. Mereka bertentang mata. Namun, semuanya dah tiada guna lagi. Lelaki itu berasa sungguh kesal atas perbuatannya selama ini.
Begitulah sedikit sebanyak mengenai cerita ini (rasenye mcm ade banyak tokok tambah je). Setiap kali dengar lagu kak jee ni, aku sering terbayang diriku di tempat lelaki itu. Sejurus itu, aku minta supaya dijauhkan daripada menjadi seperti dia. dijauhkan dijauhkan . huh.
Wailalliqa' maassalamah.
haha. like like! XD
ReplyDeleteknp like ? :D
ReplyDelete