"Payung dah pergi meninggalkan kte semua 12.30tgh hari tadi masa kat klinik sbb nak gi check mata dia ada yang ada ulat ): ... dr. cucuk dia bagi dia r.i.p. sbb payung dah nazak ngan ulat kat mata n nanah leleh2.. Dah tak sanggup tgk"
Assalamualaikum.
12.30tgh hari, 7 Januari 2011. Siti Payung telah kembali ke rahmat Allah. Sedih aku menerima mesej dari kakak aku. Seolah-olah sukar untuk percaya.
Payung sudah lama bersama kami, sejak aku berumur 6 tahun lagi. Kali pertama aku melihatnya adalah ketika dia datang ke rumah kami. Pada masa tu, kami sekeluarga sedang menonton televisyen di ruang tamu. Dengan pintu terbuka, Payung datang ke muka pintu dan mengiau dan meminta makanan. Saat itu juga, kami menerimanya sebagai haiwan peliharaan kami dan dia mendapat namanya.
Payung sangat setia kepada kami. Meskipun kami keluar ke mana-mana, dia masih tetap berada di rumah. Menunggu dan menanti. Melalui pemerhatian aku, Payung suka sangat kat ayah aku. Kalau ayah aku balik kerja, konfirm2 dia akan bergegas ke pintu dan menyambutnya.Mengharapkan belaian kasih sayang (':
Sepanjang bersama kami, tidak terkira berapa banyak ekor anak dia. Sekali deliver, ada dalam 3-4 ekor. Lepas 2-3 bulan ada je anak kucing. Kalau dijumlahkan, tak tahu la berapa puluh ekor. Ratus maybe. Payung juga pernah menjadi nenek.
Tahun berganti tahun. Hari bertukar hari. Lama-lama dia semakin tua. Payung tidak lagi seaktif waktu mudanya. Pada hujung2 tahun lepas, dia lebih gemar duduk dan berehat sahaja. Apabila aku pulang cuti sem hari tu, aku perhatikan kelainan pada wajahnya. Jelas kelihatan garis2 penuaan, selain sebelah matanya berjangkit dengan bakteria ulat. Meskipun mukanya begitu, aku masih suka mengusap dan membelai bulunya yang biasa2 itu. Payung suka kalau digaru di bahagian bawah dagunya dan di badannya, berdekatan ekor (':

Payung hanyalah kucing biasa. Tiada bulu yang lebat seperti kucing2 yang mahal. Hanyalah seekor kucing yang memberi kenangan kepada kami sekeluarga. Semoga Siti Payung dirahmati. )':
Wailalliqa' maassalamah.
biarla.
ReplyDeletememang Allah dh tunggu dia kat syurga.
cewah ;)
sedih kot ):
ReplyDeleteinsyaAllah . moga2 tidak ada apa2 salah dengan nye (: