Nampaknya, 2010 hampir nak melabuhkan tirainya. Pelbagai kenangan manis mahupun pahit yang telah kita rasakan sepanjang meniti hari-hari pada tahun ini. Alhamdulillah. Semoga segala kebaikan akan diteruskan dan segala perkara buruk dapat dijauhkan. InsyaAllah.
Januari - Febuari : Absolute Graping
Permulaan menganggur setelah 2 tahun di rmc. Awal-awal tu okla jugak. Tapi lama2 membosankan -.- . Tapi best jugak. Dapat balik kampung, melawat kuala terengganu, pergi kota kinabalu, melawat kazen kat mrsm, pergi kuantan. Selain itu, pada waktu ini juga, aku diperkenalkan kepada KLCC, yang mana aku sering melawat dan singgah ke TGV serta banyak wang kertas yang melayang. Di samping itu, kenalan makin bertambah melalui khidmat maya, tidak kurang juga ada yang hilang berikutan kesalahan diriku sendiri.
Tarikh2 Penting:
16 Januari - Karnival IPTA at Shah Alam
18 Januari - Lulus Bahagian I JPJ
21 Januari - Anniversary OATHS
22 Januari - Pergi KK
6 Febuari - Swiss Kuantan
22 Febuari - Bertemu jodoh dengan V <3
Mac - April - Mei : Results and Reality
Tiga bulan yang penuh dengan pengisian, meskipun masih bergelar penganggur. Apabila masuk je bulan Mac, debaran makin terasa. Keputusan SPM pun telah diumumkan. Ada yang berjaya dengan cemerlang, tidak kurang juga yang gagal mencapai sasaran diri sendiri. Masing-masing dengan drama sendiri. Sehari selepas itu, pelbagai permohonan biasiswa dibuka seperti jpa/mara, ytnb, ytm, khazanah, petronas dan sebagainya.
Bulan April pula menyaksikan pelbagai adegan temuduga. Badan-badan terlibat memanggil calon-calon yang tepilih untuk ke temuduga. Semestinya menjadi debaran dan pengalaman baru buat seseorang lepasan spm, kerana pada waktu ini, mereka dapat merasa bagaimana temuduga dijalankan. Bagaimana pelbagai soalan2 dilontarkan dan bagaimana menjawabnya. Selain itu, waktu tersebut dijadikan kesempatan untuk menambah kenalan dan pada masa yang sama dapat bertukar-tukar pandangan dan pendapat.
Realiti sebenar timbul pada bulan Mei. Keputusan kebanyakan temuduga diumumkan pada bulan ini. Perasaan kecewa dan sedih dizahirkan apabila berita kegagalan dalam segala permohonan diumumkan, lebih2 lagi dalam permohonan jpa. Sememangnya, seseorang memerlukan ketabahan dan kesabaran yang kuat untuk melepasi dugaan ini. Seterusnya, pada hujung bulan ini, kenyataan diterima dengan mendaftarkan diri ke Pasum.
Tarikh2 Penting:
10 Mac - Sunway Lagoon dgn skuad - A day before results.
11 Mac - Keputusan SPM diumumkan . Tak straight A's
12 Mac - Mula mengisi pelbagai borang.
20 Mac - Baju PDI pertama
25 Mac - Lulus Bahagian II & III - Hooray :D
27 Mac - MAC RMC - dpt la jugak duit :)
29 Mac - Pergi interview ytnb kat uniten. Jumpa kawan2 baru dan interview tu best
31 Mac - Pergi test PNB kat menara PNB. Sampai skrg tak tahu keputusannye.huhu
1 April - Phone Interview Shell.
8 April - Interview JPA at PICC. Teruk
9 April - Kem Biasiswa ytm kat port dickson. Kem ni 4 hari 3 mlm. and it was fun !
8 Mei - Temuduga JAD YPM. Serius fail ! :D
21 Mei - JPA/MARA results. Rejected.
23 Mei - Registered at KK12, UM as an asasian. Kesedihan still melanda.
24 Mei - MHS yang menarik ! sehingga 28 Mei
Jun : Varsity Life
Bulan Jun menyaksikan permulaan hidup sebagai seorang pelajar asasi. Huh.susah jadi bdk pasum. Pagi dapat tutorial, malam terus kena bantai tutorial. takleh tangguh2. Kalau tak, memang akan menyesal.huhu. Kehidupan baru ini turut mengundang kawan2 baru, drpd pelbagai latar belakang. Selain itu dapat juga merasai feel dalam dewan kuliah yang penuh dengan pelajar2 yang ingin menuntut ilmu pengetahuan :). Selain itu, hujung2 minggu turut dihiasi dengan lawatan ke Mid Valley sebagai hiburan untuk melepaskan tension. Sudah semestinya, GSC menjadi sasara. Namun demikian, kesedihan di hati tidak juga mampu diubati.
Tarikh-tarikh penting:
11 Jun - Keputusan Rayuan JPA - dapat pidn
12 Jun - Kakak aku bertunang
26 Jun - OPA dinner
Every weekends - Midvalley for movies :D
Julai - Ogos : Dreams do come true
Pada bulan julai, pelbagai perkara baru dan tak disangka-sangka telah berlaku. Salah satu adalah kejadian pada satu pagi, sewaktu kuliah chemistry yang agak mengantukkan, aku telah mendapat panggilan mengenai tawaran mara. Perasaan sewaktu itu seolah-olah menafikan, tetapi ternyata benar tawaran tersebut. Lantaran itu, aku telah mendaftar keluar dari Pasum (dengan sebaknya) dan telah mendaftar di kolej mara kuala nerang. Di tempat baru ini, aku telah menyaksikan satu kehidupan yang sangat berbeza jika dibandingkan dengan kehidupan di Pasum. Kehidupan yang ala-ala asrama ini, telah merapatkan lagi hubungan sesama pelajar di kolej ini. Selain itu, aku telah memperoleh ramai kenalan baru, khususnya rakan2 program UK, serta program2 lain seperti RCMP, UniKL dan matrix. Pelbagai aktiviti yang dijalankan di sini, dan ternyata amat menarik.
Tarikh-tarikh penting:
1 Julai - Surat Tawaran MARA tiba ke rumah
11 Julai - Registered as KMKN student, among 21 students of UK programme
18 Julai - Lecture bermula. Sedikit janggal berikutan bilangan yang agak sikit.
24 Julai - 1st time outing alor setaq
11 Ogos - Ramadhan @ KMKN bermula
Sepanjang Ogos - penggambaran iklan Nova
30 Ogos - Ambang merdeka
September - Oktober - November : Start of Something New
Pada september, setelah sekian lama, akhirnya dapat juga bercuti, yakni sempena hari raya. Pada cuti ini juga pelbagai perkara baru telah terjadi. Setelah tamat cuti, warga Aus dan UK (sebagai jemputan) telah sama2 menjayakan FASEF 2010. Pada fair ni, pelbagai pengalaman telah ditimba serta teknik2 penerangan telah dipelajari.
Pada oktober, karnival tri nation telah menyerikan suasana pelajar2 spc. Hubungan pelajar2 spc semakin erat dengan penglibatan penuh dalam acara spt futsal, bola keranjang dan bola tampar. Aku juga berkesempatan untuk bermain futsal. Selain itu, bdk2 UK dan Aus juga berkesempatan melawat UTP , tetapi takde ape sgt pun kat sana. sekadara karnival convo.
Pada aawal november, satu kejohanan ragbi 7 sebelah dianjur oleh JPF. Maka, semua program kenalah hantar wakil, termasuklah bdk2 UK yang 15 org ni. Tapi bagus jugak. Daripada tak tahu main, sekurang-kurangnya dapat pengalaman bermain . Best. Seminggu selepas itu, peperiksaan akhir pula tiba. Memang pulun habis lah ! haha. Tamat sahaja peperiksaan akhir, sebahagian daripada bdk2 UK bergerak ke Sg Petani sebagai permulaan cuti semester. Trip tersebut sangat seronok dan bertambah seronok apabila mcm2 perkara tak disangka terjadi.haha..tamat shj trip tersebut, masing2 kembali ke rumah masing2.
Tarikh-tarikh Penting:
10 September - Hari Raya Puasa
13 September - (:
22 September - Sambutan Hari Raya peringkat KMKN
16 Oktober - Lawatan ke UTP
22 Oktober - Karnival Trination (sehingga 23 Oktober)
8 November - Ragbi 7's KMKN 2010 (sehingga 12 November)
17 November - Sambutan Hari Raya Haji
18 November - Beraya rumah cikgu Hanafi :D
22 November - Finals Sem 1 Bermula ( sehingga 25 November)
26 November - Sg Petani Holiday
Disember : Like Graping -.-
Disember ini boleh dikatakan seperti menganggur balik. Duk rumah. Bangun. Tido. Online. TV. Jalan2 -.-. Tapi okla jugak. Boleh tolong2 kat rumah. Kemas blkg rumah. Buang sampah malam2. Jadi driver encik ke surau dan puan ke kedai. Selain itu, dapat merapatkan hubungan sesama kawan, spt kuar ngan bdk2 UK, kuar ngan OPs dan kuar ngan member2 lama. Dan buku adela jugak baca cket. kot.haha.
Tarikh-tarikh Penting :
4 Disember - Celebrate birthday ngan syimi kat klcc
12 Disember - OPPP carnival kat rmc. Macam reunion batch la pulak
15 Disember - Anise buat makan2 kat rumah dia. Lepas tu, pergi lepak kat alamanda.
17 Disember - Bermalam kat KK12
18 Disember - Pergi Redfm bake off
23 Disember - POP 2010. Tengok OP raids passing out. dpt la jugak jam sebijik XD
31 Disember - kembali ke kmkn
Huh.penat tul buat recap. byk juga bende berlaku tahun ni :D semoga tahun depan akan lebih baik drpd tahun ni :)
Wailalliqa' maassalamah
weh nanti kau pergi UK la??
ReplyDeleteyg bmi unikl whatsoever tu ape pulak????
a'ah.insyaAllah :)
ReplyDeleteprogram aku 1 tahun foundation kat kmkn, first year degree kat unikl-bmi dan 3 tahun baki kat UK. kirenye twinning program.
wowwwwwwwwwwww.bestnyee.dah apply universiti kat UK?cewah ;)
ReplyDeletehehe.best best :)
ReplyDeleteuniversiti kat uk tak perlu nk apply. mara bagi 6 choice; strathclyde, brunel, queens, leeds, sheffield dan cardiff. nanti mara akan decide mane satu based on course.
owwww.ala.tak boleh pilih.tak best.hahaha.okay2.takpela yg penting dpt pergi overseas.;;)
ReplyDelete13 september? jengjeng
ReplyDeletekhadijah : ok per.tak perlu nak isi2 borang :D hee.alhamdulillah.tercapai gak hajat (:
ReplyDeletenajwa : jengjeng :D