Wednesday, April 14, 2010

.berserah.

assalamualaikum.
sudah sekian lama tidak menaip untuk blog ini. Sejak kebelakangan ini, bermacam-macam agenda yang berlaku, tidak kiralah sama ada yang baik mahupun yang buruk. Kata orang, itulah asam dan garam kehidupan. Kadang kala, sedih datang tatkala gembira dan ada juga gembira tiba tatkala kecewa. Silih berganti semuanya. Apa yang terbaik untuk kita adalah terimalah segala-galanya dengan hati yang ikhlas dan pemikiran positif. Tanggapan negatif akan mudah menjadi positif seandainya kita mampu mengekalkan pemikiran dan hati sebegitu.

Ketiadaan bukannya bermakna kekosongan. Cuma sekadar cabaran menanti yang pasti. Kesabaran seketika mampu membuat hati gembira tatkala berlaku kemunculan semula. Sudah semestinya seluruh jiwa dan raga akan memastikan kepulangan itu.

Namun, terdapat juga yang menjauh, tatkala senyuman dan gelak ketawa menjadi bahan kebiasaan. Ada yang berlaku secara tiba-tiba, tidak kurang juga yang berlaku secara perlahan, seperti perompak melarikan diri dari rumah, untuk mengelak daripada dikesan tuan rumah. Perkara yang pedih untuk diterima, namun haruslah akur, kerana dunia tidak berputar mengelilingi kita. Boleh saja diri sendiri menjadi penyebab utama wujudnya benteng sesama manusia ini. Masa. Itulah yang sebaiknya. Memberi mereka ruang dan peluang untuk berehat dan tenang, bagi memikirkan segala yang terjadi agar menjadi pemangkin hubungan sahabat yang sejati. Ketidakpedulian dan penolakan. Hanya sementara jika difikirkan. Semuanya kehendak-Nya. Tenangkan diri dan berserahlah kepada-Nya.

Segalanya sementara dan sementaralah segalanya.
wailalliqa' maassalamah.

2 comments: