Tuesday, May 31, 2011

.afterawhile.


Assalamualaikum.

Pada hari ini, sudah masuk hari ke-19 aku meninggalkan Kolej MARA Kuala Nerang dan program FIST UniKL. Tamatlah pelajaran Fizik dengan Cikgu Det, Kimia dengan Cikgu Hafizi, Ilmu Hisab dengan Cikgu Roslan, Bahasa Bekas Penjajah dengan Teacher Syafeeza n Teacher Norsitah, Pengajian Islam bersama Ustaz Ramli, Ilmu Mesin Kira dengan Madam Cik Yah, pendidikan fizikal dengan Cik Jal dan tidak lupa juga buat guru subjek Dinamika merangkap guru Mentor, Puan Hadidah. Jutaan terima kasih buat semua guru yang telah mendidik, sama ade secara langsung mahupun tidak langsung dan sejuta penghargaan buat seluruh warga KMKN yang telah menjadikan 10 bulan pengajian aku di sana sebagai pengalaman yang sangat bermakna dan insyaAllah tidak akan dilupakan. Syukran Jazilan.
(Kalau ada masa, akan direcapkan kenangan di KMKN, insyaAllah)



Baiklah.Nak dijadikan cerita, I have been staying at home for 19 days. Doing what ? Watch TV shows like gerak khas,topgear and cooking shows with my eldest brother, clean up dishes after meals, throwing out the garbage, browse mudah.my for part-times EVERY nite, facebook, facebook, bukak recom.org, watch japanese (sometimes), hang out (twice) and thats about it. Moreover, i'm getting tremendously absolutely bored ! Nak hangout, tapi ramai tak available sebab komitmen kerja serta keluarga. Oleh sebab itu, terpaksa buat inisiatif sendiri; hangout sorang2 . Macam mane tu ? hmm.kena KBKK sikit...

Namun begitu, since my intake is going to be on 17th of July, therefore, I need to prepare lots of thing. Improve here and there, to make me well-equipped for the degree programme. Not getting good results during first year, then say byebye to dreams.




I have anticipated that degree is going to be way way harder from foundation (as from my observation of previous batches of this programme), but insyaAllah, consistency (istiqamah) and trust (tawakkal) are the main things we need. Everything is from Him, and to Him we will return. To all my batch of FIST UK, good luck and let us keep on praying for the upcoming results. But i'm pretty sure you guys are more concern about the offer letter :p . Anyway, both are important. I hope , all of us will get what ever we applied (and hoped) for. You know what i meant by that ;)



Till then,
Wailalliqa' massalamah.

Tuesday, May 3, 2011

.insandanmanusia.

Assalamualaikum.

Dosa dan pahala. Biasa disebut dan biasa juga diperlekehkan oleh sesetengah orang. Lebih-lebih lagi pada akhir zaman ini.

Sejujurnya, aku mengaku. Aku tidaklah sebijak para ilmuwan. Aku tidaklah berfikir sekritis para cendekiawan. Aku tidaklah se'alim' para ulama. Aku tidaklah petah berhujah seperti para pemidato. Aku sedar tiada serban mahupun jubah yang menutupi tubuhku. Aku sedar yang diriku sering melakukan kesilapan dan dosa. Aku juga sedar bahawa sesetengah perkara yang aku lakukan adalah salah dan memang ternyata salah di sisi hukum mahupun undang-undang.

"Sedar pun ! Dah tahu salah"

Ya. Memang aku salah, aku sedar. Aku tidaklah pandai dalam ilmu agama seperti kalian. Aku tidaklah mampu selalu hadir mengerjakan ibadah tepat pada waktunya seperti kalian. Aku tidak mampu hendak menjaga batas-batasku seperti mana yang kalian mampu. Namun, pernah tidak kalian lihat dan bertanya kepada diri kalian sendiri, "mungkin saudara ini tahu barangkali, dan dia sedang mengusahakan untuk berubah" atau "mungkin saudara ni ada sebabnya sendiri kenapa dia berbuat demikian" atau "mungkin saudara ini sedang cuba memotivasikan diri untuk memperbaik dirinya" ?

"Kata pujangga, seseorang itu kalau buat sesuatu, tidak kiralah sama ada baik mahupun buruk, akan cuba memberi 1001 sebab dan alasan untuk menyokong apa yang dilakukannya."

Baiklah. Falyasmut. Aku juga berfikir pasal hala tuju hidupku. Apa-apa pun, terima kasih kerana keprihatinan kalian. InsyaAllah, aku akan perbaiki diriku yang tak sempurna ini.

Wailalliqa' maassalamah.

Monday, May 2, 2011

.perkongsian1.

Assalamualaikum.

Sekadar berkongsi. Daripada kazen;

4 perkara yang merosakkan hati manusia:
a) berbahas dengan orang jahil
b) melakukan banyak dosa
c) banyak bergaul dengan wanita yang bukan mahram
d) sering duduk bersama orang-orang yg mati(setiap org kaya yg menjadi sombong kerana
hartanya)


Wailalliqa' maassalamah.