Dosa dan pahala. Biasa disebut dan biasa juga diperlekehkan oleh sesetengah orang. Lebih-lebih lagi pada akhir zaman ini.
Sejujurnya, aku mengaku. Aku tidaklah sebijak para ilmuwan. Aku tidaklah berfikir sekritis para cendekiawan. Aku tidaklah se'alim' para ulama. Aku tidaklah petah berhujah seperti para pemidato. Aku sedar tiada serban mahupun jubah yang menutupi tubuhku. Aku sedar yang diriku sering melakukan kesilapan dan dosa. Aku juga sedar bahawa sesetengah perkara yang aku lakukan adalah salah dan memang ternyata salah di sisi hukum mahupun undang-undang.
"Sedar pun ! Dah tahu salah"
Ya. Memang aku salah, aku sedar. Aku tidaklah pandai dalam ilmu agama seperti kalian. Aku tidaklah mampu selalu hadir mengerjakan ibadah tepat pada waktunya seperti kalian. Aku tidak mampu hendak menjaga batas-batasku seperti mana yang kalian mampu. Namun, pernah tidak kalian lihat dan bertanya kepada diri kalian sendiri, "mungkin saudara ini tahu barangkali, dan dia sedang mengusahakan untuk berubah" atau "mungkin saudara ni ada sebabnya sendiri kenapa dia berbuat demikian" atau "mungkin saudara ini sedang cuba memotivasikan diri untuk memperbaik dirinya" ?
"Kata pujangga, seseorang itu kalau buat sesuatu, tidak kiralah sama ada baik mahupun buruk, akan cuba memberi 1001 sebab dan alasan untuk menyokong apa yang dilakukannya."
Baiklah. Falyasmut. Aku juga berfikir pasal hala tuju hidupku. Apa-apa pun, terima kasih kerana keprihatinan kalian. InsyaAllah, aku akan perbaiki diriku yang tak sempurna ini.
Wailalliqa' maassalamah.
No comments:
Post a Comment