Friday, February 26, 2010

.teman hidup.

assalamualaikum.
hari ini cukuplah 5 hari aku dah bersama teman hidup baru ku,V.Detik pertemuan aku dengan V bermula sejak pagi isnin, 22 februari.Pagi aku itu, sejurus aku ingin meninggalkan kamar tidurku, aku melihat CP berehat di atas meja kerjaku.Tampaknya CP menyedari yang aku akan keluar.Wajahnya seakan-akan kecewa bercampur sedih setelah mendapati aku melakukan sedikit kajian mengenai komputer riba malam sebelumnya.Dia menyedari sesuatu yang kurang enak bakal berlaku setelah aku pulang.CP hanya mampu mengeluh.

Setelah semuanya bersedia, aku, mak aku serta abg sulungku bergerak ke midvalley menaiki myvi.aku dengan penuh teruja menanti saat tiba ke tempat itu.Tanpa membuang masa, kami terus ke sebuah kedai yang dinamakan sebagai Sony Centre.Aku pun mula mencarinya dalam kalangan saudara-saudaranya yang lain.aku terkesima sejurus melihat keanggunan saudara kembar V, yang menjadi bahan pameran di situ.Meskipun tuan kedai itu boleh kusifatkan tidak bersemangat dengan melontarkan kata-kata yang tidak energetik seperti tidak ikhlas menjadi seorang jurujual, namun itu tidak menghalang aku untuk terus mengajukan soalan mengenai keadaan V. Jelaslah, bahawa V adalah seperti yang digambarkan dlm internet, tanpa sedikit kekurangan pun.

Setelah beberapa ketika, aku pun bersetuju, di samping mak dan abg ku yang turut mengangguk tanda setuju.Maka, jurujual tadi pun mengejutkan teman hidupku dari tidurnya.V tampak anggun mengenakan pakaian berwarna putih elegan seolah-olah mengalahkan kembar-kembarnya serta saudara-saudaranya yang lain di kedai ini.Namun, aku terpaksa meninggalkan V buat seketika, sementara menunggu jurujual tadi menguruskan dandanan wajib untuk spesies seperti V yang bari sahaja bangkit dari tidur.3600 detik kemudian, aku kembali menemui V dan membawanya pulang dengan meletakkan di dalam beg sebagai tanda keakraban aku dan V.

Setibanya di kediamanku, aku bergegas ke atas dan memulakan sesi taaruf bersama V.Aku telah melakukan sedikit dandanan serta memperkenalkannya dengan beberapa perisian terkemuka; Yahoo!Messenger.Aku juga telah berkesempatan mengambil gambar kenang-kenangan hari pertama aku dengan V.


V and me



Vaio CW series

Namun, bukan semua yang gembira dengan apa yang berlaku pada hari itu.CP yang melihat kehadiran V, sangatlah sedih.Aku bukannya berniat nak meninggalkan CP begitu sahaja, tapi keadaan memaksa aku berbuat demikian.CP dah banyak berjasa aku dan aku sangat memahami karenah.Teringat kembali saat CP meradang dan menjadi nyanyukk buat seketika dan aku terpaksa memujuk untuk menenangkan keadaan.Segala selok belok pengendalian dan pengurusan CP, aku tahu.Namun sebagai spesienya yang paling veteran di rumah ini, sebaik-sebaiknya CP berehat.Maafkan aku CP.V teman baruku.


CP meninggalkan bilik.

Sunday, February 21, 2010

.baik untuk baik.

assalamualaikum
seperti hujung2 minggu yg lalu, minggu ini aku bergerak ke luar dari negeri aku ni.minggu ni pegi balek kg kat kemaman.perjalanan yg bermula smalam, lebih kurang kul 11 pg.sepanjang perjalanan, aku dibuai dgn alunan lagu daripada stesen radio kegemaran ayahku-klasiknasional.urgh.mmg trus dibuai mimpi.tanpa membuang masa, aku trus mendengar lagu yg kuar drpd sang kecil berwarna hitam kegemaranku, sambil dlm usaha menghabis first family karya DavidBaldacci, tanpa menghiraukan lebuhraya kl-karak yg smemangnya memeningkan di sesetengah jalan.aku juga ditemani sekecil molek berbentuk candy-bar berwarna hitam yg sgt penting dlm menerima apa jua pesanan atau isyarat menggunakan rangkaian GSM.sekecil itu byk menerima sms dari zoe, seorg kenalan yg sebaya dgnku di samping sms dari rakan2ku yg laen.itulah aktivitiku spanjang perjalanan yg memakan masa 2 jam, sehinggalah aku tibe di sbuah restoran yg amat ku gemari sjak dahulu kala.restoran ni menyediakan mi kegemaran org beserah-mi calong.kpd pembaca2 yg belum rasa lg, try la.sedap!

setelah melakukan beberapa stop, akhirnya kami bertiga pun tiba la di umah nenek n atuk ku. kosong sungguh rumah itu. senyuman di wajah mereka jelas terpancar apabila melihat anak, menantu serta cucu mereka tiba.segala penyakit yg mereka hidap seakan-akan hilang begitu sahaja.setelah menjamah selera serta berbual mesra, aku pun beransur tidur, tetapi lebih awl drpd biase, sejurus stlh tamat bermain ngan sekecil molek candy bar berwarna hitam.hari ni, kami bgn awl n bertolak stlh bersarapan.sayu melihat wajah mereka berdua di kala meninggalkan kg halaman berdekatan simpang kg seberang tayur itu.setelah bbrp lama di dalam kereta sambil dalam usaha menghabiskan bahan bacaanku yg tertunda, akhirnya kami pun tibe ngan selamat.nothing much.

berbalik kpd tajuk post ini.pada hari ahad yg lalu.aku berkesempatan menonton rancangan perbincangan agama: Halaqah. tajuknya Isteri Idaman Hati.pelbagai perkara yg dibincangkan, antaranye ciri2 isteri spt yg tertera pada tajuk itu. maka aku tertarik utk berkongsi mengenai sebuah Firman Allah S.W.T., dalam Surah An-Nur, ayat ke 26:

Mafhumnya: (Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.

Sebagai manusia yang lemah, kita sememangnya berusaha untuk mencari pertolongan-Nya dalam meniti hidup di dunia yang fana ini.Kita tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan dan kesilapan-kesilapan ini yang banyak membantu kita dalam menjadikan kita manusia yang lebih taat kepada-Nya, seandainya kita cuba mengkaji dan mempelajari daripadanya.tidak hairanlah sekiranya kita sering kali mendengar ada di antara kita menyebut "semua yang berlaku, ade hikmahnya".Memang tepatlah ayat ini.Semua yang berlaku di muka bumi sememangnya mempunyai sebab musabab yg kita selaku hamba, tidak mengetahui. Andainya, kita mengambil beberapa ketika, merenung kembali apa-apa yang telah berlaku pada masa silam kita serta berfikir mengenai apa yang telah berlaku kini, sudah pasti kita akan senyum atau menangis kegembiraan.Mungkin pada suatu masa yang lalu, kita rasa menyesal kerana kita telah memilih sesuatu jalan atau pilihan yang kita sifatkan sebagai baik tetapi tidak berbaloi berbanding yang lain.Namun, lihat kini.Apa yang telah berlaku pada diri kita.Disebabkan kita pilih jalan itulah, jadilah kita sebagaimana kini.Oleh itu, kita sebagai hamba yang lemah perlu sentiasa fikir positif atas apa jua yang berlaku.jangan mudah kecewa kerana Allah sangat menyayangi hamba-Nya.
.nothing much.

wailalliqa' maassalamah

Sunday, February 14, 2010

.14feb.

.assalamualaikum.
.today.
.everything starts.
.smile on my face is hard to fade away.
.so happy, like the morning shines.
.a new book, of hope and happiness.
.makes me alive.
.makes me focus.
.makes me smile, as I never smiled before.
.even in sleep, or awake.
.i feel contented.
.hopes for the best.
.soon.
.even after years apart.
.past, present and future.
.you always be in my heart.
"uhibbuki kathiran"

.wailalliqa' maassalamah.


(p/s: thanx for everything.i really really appreciate it)