Pada hari semalam, seharian aku lepak dengan skuad aku, OP Amin. Mula-mula, kami pi maktab. Masa ni ada skuad aku yang sorang lagi, OP Irman aka XY. Aku temankan mereka pergi ambil sijil SPM mereka. Mereka juga mengambil kesempatan itu untuk berjumpa seorang lagi skuad aku yang sedang menuntut di UPNM, yakni OP Que. Setelah keluar dari maktab, aku dan Amin pergi la jumpa skuad kami yang seorang, yang kini belajar di area Legend Hotel, OP Chong. Dia ajak lunch. Perjalanan ke Legend Hotel banyak mengimbau kenangan keluar outing sewaktu bergelar Putera kerana kami menaiki LRT.
Antara kenangan yang paling sukar untuk dilupakan adalah sewaktu tingkatan 4. Sewaktu itu, lagu yang paling happening adalah lagu Hanya Kau Yang Mampu nyanyian Aizat. Sampai sahaja di stesen plaza rakyat, aku dan beberapa skuad aku, OP Kecik dan OP Note (kalau tak silap) pergilah singgah CC kat area itu dan kebetulan semasa melayari internet, berkumandang lagu yang disebutkan demikian. Kebiasaannya, pergi CC ni pun, cuma untuk usha comments (masa zaman friendster), ym ngan family (cewahh) dan main LAN FIFA ngan OP Note (biasanya akan kalah je).
Nak dijadikan cerita, sedang aku mengguna komputer, aku terasa nak menggunakan tandas. Pada masa itu, OP Kecik sedang syok bermain game ape tah dan OP Note sedang bermyspace. Aku pun pergilah kat cashier untuk tanya lokasi tandas maka dia pun tunjuklah arah ke belakang CC tu, kena melalui satu pintu (Nota: orang cashier tu adalah seorang lelaki berbangsa cina yang lembut.)
Lantas, aku pun terus meluru ke tandas untuk melepaskan hajat. Namun, sedang aku melaksanakan tanggungjawab ke atas sistem tubuh badan aku, aku terdengar suara daripada luar pintu jamban aku. Suara cashier tersebut.
"Bang, ada apa-apa pertolongan ? nak tisu ke...*dan lain-lain yang agak meneggelikan* ".
Suaranya sangaaattt menggelikan. Serius tak tipu. Aku pun apa lagi, cepat-cepat pakai balek pakaian dan segera keluar tandas. Keluar-keluar je, nampak mamat tu, aku pun cepat2 pergi kat meja PC aku, tarik OP Kecik dan OP Note suruh blah trus. Kesian OP Kecik tak sempat hbs main game. Cuak gile. G*Y gile wa cakap luuuu...
Sejak tu, aku tak pergi dah CC tu. Aku cuma pergi CC yang 4 kedai sebelah je.Semata-mata untuk lupakan insiden yang tragis tu.
Setelah sekian lama, aku dengar orang cashier tu dah tak de dah kerja kat situ. Aku pun kembali pergi kat CC tu.Masuk-masuk, legalah.Orang tu takde.huh.
Pengajaran, berhati-hati time gi CC.
Wailalliqa' maassalamah.
No comments:
Post a Comment