Sudah semestinya, sekarang semua sudah sedia maklum yang kita sedang berada di penghujung, yakni pada akhir zaman. Maka, sudah pasti, cabaran pada jangka masa ini amatlah kritikal dan dahsyat.
Di mana-mana sahaja kita lihat dan teliti, kita boleh dapati yang pelbagai sudut dan peluang digunakan oleh musuh-musuh orang Islam untuk mempengaruhi minda dan akal fikiran kita. Peluang-peluang ini dimanfaatkan sepenuhnya bagi menyuntik racun yang mampu menggugat keteguhan iman seorang abid dan menundukkan kekuatan rohani seorang yang baru mempelajari.
Namun, seandainya kita tidak teliti, kita berpotensi untuk terjerumus dalam perkara ini. Ada yang akan mula meninggalkan amal ibadah yang biasa dilakukan dan lebih teruk lagi ada yang mungkin mempersoalkan soal ketuhanan dan sebagainya. Kebanyakan perkara yang kita lalui seharian akan sedikit sebanyak menyebabkan perkara ini menjadi realiti.
Medium ? Sangatlah banyak. Lagu, rancangan televisyen, wayang, gaya hidup bebas dan sebagainya. Saya sangat pasti ada yang masih tidak jelas mengapa perkara tersebut dikaitkan dengan racun musuh-musuh ini. Kita hendaklah berfikir lebih jauh dan mengaitkan dengan cara dan garis-garis panduan dalam Islam. InsyaAllah kita akan lihat perkaitannya.
Saya bukanlah orang yang mempunyai ilmu agama setinggi gunung ataupun orang yang baik seperti para ulama, tetapi apa yang saya ingin sampaikan, sebagai saudara yang sama-sama lemah, untuk kembali. Ya, kembali. Memang susah. Godaan teramat banyak. Namun, walaupun sedikit perubahan tetapi berterusan adalah lebih baik daripada banyak perubahan tetapi sekejap. Fikir-fikirkanlah. Sebagai muhasabah untuk diri sendiri.
Semoga kita tidak tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi dan menyekutukan Allah. Nauzubillah. Firman-Nya dalam surah al-Baqarah, ayat 165, mafhumnya;
: “Ada di antara manusia, orang yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta kepada Allah.”
Ya Allah kau bimbinglah hamba-Mu yang lemah ini !
Wailalliqa' maassalamah.
No comments:
Post a Comment