Friday, February 25, 2011

.quarter ponder.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Beberapa masalah yang melanda diriku sudah selesai. Semoga perkara-perkara yang telah berlaku akan dijadikan iktibar kepada diri sendiri dan orang lain. InsyaAllah.

Kini, situasi baru menjelma. Aku termenung dan terfikir seketika. Aku mengajak kawan-kawan aku melakukan kebaikan. Aku berdiskusi sesama teman-teman agar menjauhi kemudaratan dan kebinasaan. Aku mengajak mereka memikirkan implikasi pelbagai perbuatan hasil daripada racun dan duri musuh-musuh Islam. Aku mengingatkan mereka agar sentiasa mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa dan Berkuasa.

Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Aku tidak buat apa yang aku katakan. Aku melakukan kezaliman dan kemudaratan. Aku bertindak apa-apa yang bercanggah dengan kenyataan dan mesej yang aku sampaikan kepada teman-teman.

Aku terfikir dan bertanyakan kepada diriku. Apakah ini dinamakan hipokrit ? Menyuruh orang melakukan sesuatu, pada hakikatnya kita sendiri yang tidak melakukan. Meminta orang lain membenci sesuatu, namun realitinya sendiri bermaharaja lela melakukan perkara-perkara tersebut. Boleh dikira seperti meminta orang lain membenci diri kita ini kerana bercakap tidak serupa bikin.

Memetik teks khutbah jumaat hari ini, "Mereka bangga menyatakan Islam itu agama yang sempurna dan indah, namun mereka juga jelas menghalalkan perkara yang haram seperti riba dan arak.... Jelas sekali mereka-mereka ini memisahkan antara agama dengan kehidupan... Sessungguhnya, kita diseru untuk beramal dengan agama Islam secara MENYELURUH, tetapi sejauh mana kita mendalami dan menghayati maksud 'menyeluruh' di sini ? "

Aku juga terfikir dan bertanyakan kepada diriku. Apakah mampu untuk aku menjaga dan mengawal diriku sepanjang berada di perantauan ? Tidakkah cabaran di sana lebih hebat ? Sedangkan di negara yang dilabelkan Islamik ini pun masih tidak mampu mendepani ujian-ujian iman, apatah di negara kepulauan itu ?

Ya Allah lindungilah dan bimbinglah hamba-Mu ini ! :|

Wailalliqa' maassalamah.

No comments:

Post a Comment