Friday, December 17, 2010

.baikjahatbaikjahat.

Assalamualaikum.

Kehidupan di akhir zaman penuh dengan cubaan dan dugaan. Tekanan, cubaan, dugaan, hasutan dan godaan datang dari pelbagai pihak. Mungkin sebentar tadi kita asyik melakukan perkara jahat, tiba-tiba sekarang kita rasa bersalah dan cuba melakukan kebaikan bertalu-talu. Namun, tiba-tiba kita kembali semula berfikiran jahat dan melakukan kejahatan. Astaghfirullah.

Ya Allah.sukarnya kita nak mengawal diri kita supaya sentiasa dengar dan taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya. Mungkin kita mampu mendengar sahaja tetapi berat betul untuk kita taat. Tatkala kita cuba mentaati, bisikan nafsu dan syaitan akan sentiasa mengganggu hati kita. Menimbulkan rasa ragu-ragu dalam diri kita untuk ikut perintah tersebut. Kata-kata seperti "Takpela, hidup lama lagi" , "Buat je, takde orang nampak ape yang kau buat" dan "Ala, sempat lagi nak bertaubat" seakan-akan bermain di minda kita. Lantas, kita pun melakukan sesuatu perbuatan tersebut. Astaghfirullah.


Wahai diriku dan saudara-saudara, tidakkah kita sedar bahawa kematian itu adalah sesuatu yang pasti ? Bayangkan. Contohnya, sedang kita mengumpat dan memfitnah seseorang bersama rakan-rakan kita, tiba-tiba kita sesak nafas dan kembali ke rahmatullah. Kita akhiri hidup kita dengan dosa, dan bukannya dalam keadaan kita mengingati Allah. Astaghfirullah.

Firman Allah SWT Dalam Surah Ali-Imran ayat 185:

Tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya.

Sesungguhnya, kematian itu telah ditentukan waktunya; jam,minit dan saat. Tidak akan terlewat mahupun tercepat walaupun sesaat. Allahu Akbar. Betapa hebatnya kebesaran Allah S.W.T dalam perkara ini. Sudah pastinya apa yang ditentukan ini ada hikmahnya. Jelas sekali, kita hendaklah sentiasa bersedia dengan kematian.Namun persediaan menghadapinya, bukanlah perkara yang mudah. Sedangkan junjungan besar kita, Rasullah S.A.W. amat gusar dan takut dengan kematian, inikan kita hamba yang lemah lagi bergelimpangan dengan dosa. Astaghfirullah.

Sejauh mana kita menguasai ilmu ? Sesungguhnya, ilmu yang kita miliki kini ibarat setitik air lautan, atau lagi kurang daripada itu.
al-Qur'an ? Sejauh mana kita mendalaminya ? atau sebanyak mana kita membacanya ? Astaghfirullah.

Wahai diriku dan saudara-saudara. Marilah kita kembali. Tidak banyak pun, sedikit. InsyAllah, lama-lama hati kita akan lebih terbuka. Aminn.


Wailalliqa' maassalamah.

No comments:

Post a Comment