Assalamualaikum
Alhamdulillah. Sudah sekian lama tak mengemaskini laman ini. Hal ini adalah berikutan kesibukan kerja-kerja seharian di tempat pengajian. Seronok membuat kerja sehingga tiada masa untuk melayari laman ini.
Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah Taala. Dia memberi kurniaan kepada hamba-Nya, yang sangat lemah dan amat memerlukan pertolongan. Syukur kepada-Nya kerana telah memberiku apa yang aku inginkan sejak kecil lagi. Impian. InsyaAllah, satu hari nanti aku akan jejakkan kaki ke sana. Terima kasih kepada semua yang sentiasa memberi sokongan; ibubapaku, keluargaku, guru-guruku dan rakan-rakanku. Terima kasih kerana telah banyak mendoakan. Hanya Allah yang mampu membalas budi anda anda smua.
Namun, ternyata sungguh berat untuk diriku meninggalkan Pasum. Tatkala aku sudah mendapat percikan semangat untuk belajar di sini, berita ini pun tiba. InsyaAllah, inilah keputusan yang terbaik. Meninggalkan satu tempat yang boleh kukira amat kondusif untuk belajar. InsyaAllah
No comments:
Post a Comment