Monday, April 5, 2010

.happy.

assalamualaikum
setelah penat menemani ibuku ke pasaraya, aku pun duduk berehat di atas sofa yang empuk tersebut. Tatkala berehat sambil menontot TC yang makin merepek, telefon bimbitku yang menunjukkan waktu 1428 berdering. Sebuah panggilan dari talian tetap, yang berasal dari Perak. Lantas, fikiranku membayangkan sebuah panggilan dari Tronoh, untuk menyampaikan apa-apa berita. Namun, tanggapanku ternyata tersasar dan perkara yang lebih baik daripada itu berlaku. Suara yang keluar dari corong telefon pada mulanya persis operator telefon yang sinonim dengan suara mereka yang lunak. Setelah mendengar untuk beberapa ketika, jelaslah bahawa suara tersebut tidak lain dan tidak bukan..
biarlah identiti menjadi rahsia.
luka dan calar yang kurasa selama ini, hilang secara tiba-tiba, ibarat sebuah komputer yang telah dilengkapkan dengan perisian anti-virus terkini.
terima kasih mampu kuucapkan
gembira tak terkata
senyum tak terhingga
.nothing much.

wailalliqa' maassalamah

2 comments: