Monday, March 8, 2010

.movie.

assalamualaikum
sebaik sahaja bangun pagi hari ini, mind aku dah set yang 3 hari lagi akan keluar result. secara tulusnya, memang tak sabar.dapat pergi maktab, jumpa OATHS, jumpa cikgu2, staf2 dan kalau boleh jumpa RAIDS yang menagih hutang.ceh.harap2 pergi sana takde la hutang. selain itu, esok lak dua orang skuad aku akan lepak rumah dan gerak sekali ke maktab.lagi r best.bole paw diorang kerana mereka dah bekerjaya bagai.main air kat sunway lagoon rabu ni :D..ada pembaca yang nak join? kalau nak, bawa duit lebih sikit.blanje orang yang menganggur ni :p.
mac ni sememangnya menjadi bulan yang menyeronokkan bagi aku.movie dan telefilem menjadi tontonanku.terima kasih kepada kakakku, siti nur zaini, dan televisyen tempatan kerana menyumbang beberapa movie.tidak perlulah nak beli cd citer yang lama atau terkini.
antara movie (dan telefilem) yang menjadi tontonanku:
1 mac - Sepi
2 mac - Talentime
3 mac -Pisau Cukur
4 mac - Sophie's Revenge
5 mac -There's Something About Mary
6 mac - Dalil Cinta
7 mac - Twilight
8 mac - Twilight:New Moon

makluman:citer2 tersebut adalah berdasarkan saranan orang sekeliling.
Oleh itu, kepada sesiapa yang belum menonton movie (atau telefilem) berkenaan, bolehlah segera tonton.
.terima kasih.

wailalliqa' maassalamah

2 comments: