Alhamdulillah, hari ini sudah berjaya menyelesaikan hari pertama berpuasa Ramadan pada 1434H ini. Moga2 amalan ini diterima dan moga2 hari pertama ini menjadi pemangkin bagi hari2 seterusnya. Aminn.
Nak dijadikan cerita, pagi hari semalam aku baru sahaja pulang dari bumi matahari terbit. Sekitar pukul 5 pagi begitu, yang mana juruterbang tersebut awal setengah jam drpd ETA. hebat2.
Di bumi Jepun, aku dan rakan aku, Khairy telah berjaya melawat beberapa tempat, antaranya Tokyo, Shizuoka, Gifu, Hiroshima dan Osaka. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar, meskipun ada beberapa perkara yang dirancang tidak berjaya dicapai namun tetap sukses pada pandangan aku. Di samping itu, dari segi kewangan juga menepati target. Alhamdulillah.
Sesungguhnya, dalam bermusafir atau secara mudahnya berjalan-jalan, ia tidak seharusnya sekadar berjalan membuta tuli sahaja. Namun, permusafiran ini sepatutnya (atau sekurang-kurangnya) memberi pengajaran dalam diri kita, meskipun pengajaran itu sedikit. Keadaan ini mengingatkanku kepada sebuah ayat daripada kitab suci al-Qur'an yang sering dikongsi oleh seniorku di Leeds yang mafhumnya:
"Apakah mereka tidak berjalan di muka bumi supaya mereka menjadi orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka mendengar, sesungguhnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah hati yang ada di dada." [22:46]
Subhanallah. Hebat kalam Allah ini.
Sepanjang permusafiran kami di Jepun, terdapat beberapa perkara yang telah aku pelajari dan mungkin pelajaran ini agak umum tetapi masih bole diaplikasikan. insyaAllah.
- Aku sangat mengagumi keteraturan yang ditunjukkan di Jepun, sebagai contohnya di stesen tren, orang yg ingin berjalan ke satu arah akan berjalan di satu laluan, manakala yang ingin berjalan ke arah laluan yang bertentangan akan mengikuti laluan berbeza. Pengajaran: kita kena tahu arah yang kita ingin pergi dan jalannya, jika tidak, kita akan sesat dan dilanggar.
- Di kota-kota besar seperti Tokyo dan Osaka, sistem rel di kota-kota ini sangat mengagumkan. Mengagumkan dalam erti kata, untuk menuju ke satu2 destinasi common, terdapat beberapa cara dan laluan, dan biasanya disediakan oleh pelbagai syarikat tren. Maksudnya, ada banyak train yang boleh digunakan. Pengajaran: meskipun ada 5 train, janganlah kita kejar kesemua. Pilih satu sahaja. Walaupun yang satu itu memerlukan kita utk tunggu sehingga berminit-minit berbanding yang lain tp perjalanan kita dengan tren itu lebih certain berbanding yang 4 yg lain itu.
- Aku juga kagum dengan kemesraan (baca: politeness) masyarakat di bumi Jepun ini, khususnya mereka yang bekerja dengan melayan manusia. Mereka tidak lekang dek senyuman dan semangat meskipun mengulangi ayat yang sama berkali-kali. Pengajaran: satu praktis yang baik untuk diikut khususnya mereka yang bekerja di kaunter utk melayan pelanggan.
- Makanan halal atau makanan yang sesuai untuk dimakan oleh umat Islam agak susah untuk dikesan. Perkara ini bertambah teruk apabila kita sebagai pelancong tak berapa nk reti membaca tulisan dan memahami bahasa mereka. Oleh sebab itu, hanya makanan yang common saja yang dimakan seperti onigiri tuna mayonais di kedai serbaneka menjadi target. Pengajaran: bersyukur dengan kepelbagaian dan kemudahan makanan di tanahair dan menghargai segala usaha umat Islam di bumi Jepun yang gigih menentukan jenis makanan yg boleh dimakan.
- Langit tak selamanya cerah. Kadang-kadang hujan turun tanpa diduga. Namun, sejurus selepas itu panas terik lantas menjelma. Pengajaran: Life is full of uncertainties. Tak semua yang kita sangka akan terjadi, dan tak semua yang kita tak sangka tak akan berlaku.
Setakat itu sahaja. Berikut merupakan beberapa gambar sepanjang trip ini.
Alief dan Khairy time jalan di Akiba
Nina, sorang lagi tour guide di Tokyo
Large scale Gundam di Daiba
Disneyleng Tokyo
Visit Sumpu Castle Museum, Shizuoka (Thanks NAI!)
Majlis bacaan Yaasin dan makan2 oleh pelajar Malaysia di Gifu. Langkah kanan ;)
From left: OPBen 0809B, Khairy, me, OPFaiz 0910C dan pekjah
Tour guide Hiroshima, Azri
Lunch di Hiroshima
Gambaran keadaan kota Hiroshima selepas dibom
Wailalliqa' maassalamah.




