Tuesday, November 23, 2010

.spm.

Assalamualaikum

Kepada calon-calon spm 2010, selamat menduduki peperiksaan pada esok hari. Moga mendapat ketenangan dan keberkatan ketika menjawab. Yang kat rumah, salam duduk ibu bapa sebelum ke sekolah, manakala yang belajar kat sekolah berasrama, rajin2 la call kejap.

Tengok keadaan budak-budak tahun ni nak spm, teringat saat-saat spm di maktab. Masa tu, takde langsung stap atau pegawai yang jaga, paling2 pun ade stap yang jaga balai pengawal. Semua pergi camping new boy.

Seingat aku, paper yang first2 adalah BM. Aku memang agak lemah paper ni. dpt kurang cket XD
Ada satu hari tu, pagi tu paper maths dan petang pulak paper ict. maka petang tu cuma ada bdk2 kelas eta dan theta je dlm dewan. tp soalan ict serius berbeza dengan soalan2 latihan. namun, alhamdulillah, skor :)

malam2 biasenya agak bebas , basically sebab takde org jaga. semua lay out handset ibarat handset tu halal dibawa :D haha. dan waktu ini juga bunga2 berkembang, rentetan program explorasi bagi sesetengah orang. Ada sekali tu, lepas habis magrib, semua dok usha mesej. Nak dijadikan citer, aku terusha handset sorang classmate aku time dia mesej. maka di situ aku diperkenalkan oleh dia mengenai satu term yakni 'ily' :)) lawak2..

malam2 jugak biasanye maktab dimeriahkan dengan suasana org bersukan; futsal, takraw n ping pong. tak kurang jugak mereka2 yg tengok astro dlm mess dan aneka movie terbaru dlm wisma putera. release tension la katakan.

malam2 jugak jugak, aku biasa lepak ngan skuad aku, untuk study. tapi takdela study sangat.haha. position katil pada masa tu tak seperti biasa. custom. aku lak tak tido dlm bunk. lagi best tido secara berjemaah. aku share katil ngan que, sebelah sebelah. seronok lepak ngan brader kadet ni. amat memahami. sayang kau que :)

a nite before paper bio, aku merayau-rayau kat line, tak tahu nk buat ape sbb paper fizik lmbt lagi. masuk bilik ni, ada tgh study bio. masuk bilik sana ade discussion pasal bio. aku masuk skjp pastu kuar. tak fhm -.- . keesokan hari nya, tatkala mereka sdg menuju ke DTT, aku n dyn maen basketball :D no hard feelings :)

final paper adalah chem. dan pada hari tu jugak newboy serta semua stap balik dari camping. setelah bertungkus lumus menjawab 3 paper chem, semua warga OATHS menjerit kegembiraan menandakan tamatnya peperiksaan spm, tidak kurang juga kertas2 soalan dan nota2 yang bertebaran ditiup angin.isy3. harapan sebagai SP apabila tamat spm ingin naek atas dan berjumpa newboy berkobar-kobar.ingin merapatkan hbgn kembali dan bersedia utk passing out parade. namun, setibanya kami di puncak bukit, kami dihidangkan dengan sesuatu yang tidak kami sangka...

wailalliqa' maassalamah.

Saturday, November 13, 2010

.mati.

Assalamualaikum.

Kematian itu satu kepastian. Semua yang hidup pasti akan merasai mati. Namun, apakah kita sudah bersedia menghadapi detik-detik itu ? Tepuk dada, tanya iman.

Seharian dalam hidup, sudah semestinya kita akan melakukan kesilapan,kemungkaran,kejahatan dan maksiat. Ada yang kita sedar dan tidak kurang juga yang kita tak perasan. Semakin hari semakin bertambah dosa yang kita lakukan. Bayangkan dari usia kita baligh (13-14tahun), kita buat kemungkaran, naik ke 15, kita buat kemungkaran, naik ke 16, kita buat kemungkaran dan seterusnya ke 20-an, 30-an, kita buat kemungkaran. Kalau dihitung dan dibuat penjumlahan, nescaya kita akan mendapati banyak sungguh perkara jahat yang telah kita lakukan. Astaghfirullah.

Sebagai makhluk yang diberi akal fikiran yang waras dan kelebihan berfikir oleh yang Maha Esa, kita sepatutnya tidak membataskan pandangan kita mengenai kejahatan atau perkara mungkar untuk skala yang besar seperti merompak atau membunuh, tetapi kita sepatutnya mengenang kembali segala perkara yang telah kita lakukan, dari sekecil-kecil aspek, hinggalah kepada sebesar dan sekritikal sesuatu perbuatan itu.

Cuba kita renung kembali perkara-perkara serius yang telah kita buat tetapi kita anggap perkara itu seperti tidak memberi kesan kepada hidup kita;
  • berkata-kata kesat seperti mencarut
  • berkata sesuatu tanpa menghiraukan perasaan orang lain lantas menyakiti hati mereka
  • mengata dan mengeji orang lain
  • mengumpat
  • mengambil sesuatu benda tanpa kebenaran atau mencuri
  • berlaku biadap terhadap orang yang lebih tua seperti guru, makcik2 dan pakcik2
  • meninggikan suara apabila bercakap dengan ibu bapa
  • mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan org lain
  • berdua-duaan lelaki dan perempuan yang bukan muhrim
  • menipu dalam berkata-kata
  • menipu dalam urus niaga
  • berkata perkara-perkara yang sia-sia
  • tidak berpakaian seperti yang telah ditetapkan oleh syarak seperti menutup dan menjaga aurat dengan betul
  • leka dengan games
  • banyak menonton hiburan yang melalaikan
...dan banyak lagi.

Apakah tindakan kita ? Adakah kita mahu membiarkan sahaja ?

al-Din kita, Islam, amatlah lengkap. Allah S.W.T telah menggariskan segalanya dengan begitu lengkap dan telah diperincikan lagi oleh para Rasul. Subhanallah. Betapa hebatnya agama ini. Dan kalau difikirkan, tidak sukar sebenarnya untuk menjadi dalam kalangan orang yang diredhai oleh Allah. Hanya melakukan apa yang diperintah-Nya dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Namun, mengapa kita sukar untuk tunduk kepada Pencipta Yang Maha Berkuasa ?

Sebagai hamba yang lemah dan bergelumang dengan dosa, ana sangat takut. Takut. Sesungguhnya, seksaan di neraka amatlah pedih, tetapi bertuahlah kepada mereka yang taat kepada Allah.

Memang tidak dinafikan, kita akan merasai keinsafan setelah kita merenung dan mengimbau perbuatan-perbuatan yang telah kita lakukan. Namun, keinsafan tersebut sukar untuk kita kekalkan dek godaan syaitan yang amat kuat. Lantas, momentum keinsafan terus hilang, dan kita pula kembali kepada keadaan asal.

Wahai saudara-saudara, marilah kita menegakkan al-Din kita, Islam. Sesungguhnya, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. InsyaAllah.

Wailalliqa' maassalamah.

Sunday, November 7, 2010

.mistakes.

Assalamualaikum.

I wish the sky is always blue.
I wish food will always fresh
I wish iron will remain shining.

But, that's life.

Downpour changes the clear sky.
Food will eventually rot.
And iron will rust.

I've made a lot of mistakes in my life. Bad things. Hurt other people's emotions and feelings, even those who have helped and guided me to whom I become now. I acted without thinking the consequences.

I wish I can stop the rain.
I wish I can un'rot' the rotten food.
I wish I can un'rust' the rusted iron.
I wish I can change the situation and everything will be back to normal.

My dear teacher, you have taught me a lot. I'm sorry. I'm very sorry for my mistakes. Sorry.

Wailalliqa' maassalamah.